POLITIK
Terputusnya tahaluf siyasi antara Pas dan PKR sudah dijangka - Mustapa

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapha Mohamed (empat, kiri) merasmikan Bangunan Dewan Serbaguna Wat Prachummthatcanaram, Kampung Jubakar Darat hari ini. - Foto Bernama
Tahaluf siyasi antara Pas dan PKR yang terbubar bukan satu perkara yang luar jangka sebaliknya ianya sudah dijangkakan oleh banyak pihak.
Begitupun, menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mustapa Mohamed, apa yang memeranjatkan UMNO ialah kenapa PAS mengambil masa begitu lama untuk memutuskan hubungan politik itu setelah menyedari PKR secara terang-terangan mengkritik pimpinan Pas.
Tindakan PKR yang menyertai Pakatan Harapan juga dilihat menghina sekutunya Pas.
"Yang penting ini akan mengubah lanskap politik Kelantan kita akan pantau peringkat kebangsaan dan Kelantan kerana sudah pasti bawa perubahan kepada BN. Ini belum kita ketahui kerana terlalu awal buat penilaian,” katanya selepas merasmikan Dewan Serbaguna Wat Prachummthatcanaram di sini petang tadi.
Majlis Syura Ulama Pas semalam mengesahkan parti itu akan memutuskan tahaluf siyasi (kerjasama politik) dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Setiausaha Majlis Syura Ulama, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh menjelaskan apa saja keputusan politik termasuk urusan di Selangor akan diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami