Susulan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri pada Isnin, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah perlu meneliti pemimpin yang mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat untuk mengisi jawatan tertinggi itu, kata penganalisis politik.
Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berkata Dr Mahathir yang meletak jawatan tanpa menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen, maka Seri Paduka perlu memilih pemimpin yang mempunyai majoriti sokongan Ahli Parlimen.
"Jika tiada (pemimpin yang mempunyai majoriti sokongan) maka Seri Paduka boleh membubarkan Parlimen.
"Pertukaran kerajaan boleh berlaku dengan cara ini dan tidak perlu untuk pilihan raya yang baharu. Selagi baginda berpuas hati terdapat parti yang mempunyai jumlah majoriti mudah, maka pemimpin parti itu akan dilantik sebagai perdana menteri," katanya kepada Bernama.
Dr Mahathir pada Isnin menghantar surat peletakan jawatan sebagai perdana menteri ketujuh Malaysia. Perkara itu diumumkan Pejabat Perdana Menteri melalui satu kenyataan, selain menyebut surat itu telah dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong pada 1 tengah hari.
Dalam pada itu, Yang di-Pertuan Agong berkenan melantik Dr Mahathir sebagai perdana menteri interim, selepas menerima peletakan jawatannya pada Isnin.
Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali, berkata: "(Seri Paduka) Baginda berkenan untuk melantik YAB Tun Dr Mahathir bin Mohamad sebagai Perdana Menteri interim, sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu selaras Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan."
Dalam kenyataan tiga perenggan itu, Mohd Zuki berkata dalam tempoh ini, Dr Mahathir akan menguruskan pentadbiran negara sehingga perdana menteri baharu dilantik dan Kabinet dibentuk.
Mengulas lanjut, Nik Ahmad Kamal berkata Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan dengan jelas bahawa jika seorang perdana menteri hilang sokongan majoriti di Dewan Rakyat, maka beliau boleh memohon untuk Yang di-Pertuan Agong membubarkan Parlimen.
"Namun, situasi yang berlaku ketika ini tidak sebegitu. Perdana Menteri tidak hilang majoiriti. Tidak timbul isu beliau hilang sokongan di Dewan Rakyat. Apa yang berlaku adalah cubaan untuk mengubah komposisi kerajaan yang dikatakan mendapat sokongan majoriti di Parlimen.
"Proses ini tiada dalam peruntukan perlembagaan. Oleh itu ia boleh ditafsirkan dengan begitu luas selagi ia sesuai dan seiring dengan peruntukan sedia ada.
"Apa dibaca dan dilihat daripada pelbagai sumber media, terdapat pergerakan untuk mewujudkan sebuah kerajaan baharu yang berbeza daripada kerajaan dipilih rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14.
"Namun sama ada ia akan benar-benar berlaku hanya dapat ditentukan oleh Seri Paduka berdasarkan jumlah sokongan majoriti," katanya.
Nik Ahmad Kamal pada masa sama turut berkata dalam keadaan apabila seorang perdana menteri merasakan tidak lagi sesuai dengan parti dalam komponennya, maka beliau boleh beralih kepada parti lain yang menyokongnya.
"Tiada peruntukan perlembagaan yang menghalang pertukaran sebegini. Apa berlaku di Perak adalah contoh terbaik apabila tiga Ahli Dewan Undangan Negeri menyatakan sokongan mereka kepada pembangkang dan menarik balik sokongan terhadap kerajaan. Ia kemudian menyebabkan berlakunya pertukaran kerajaan dan lantikan Menteri Besar baharu.
"Selain itu, prosedur juga tidak dinyatakan dalam perlembagaan. Apa yang penting Seri Paduka melantik seorang yang pada hemat baginda mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat (ADR), seterusnya proses angkat sumpah berlaku dan perdana menteri akan menasihatkan baginda untuk melantik anggota Kabinet.
"Dalam menentukan sama ada ADR menyokong seseorang untuk dilantik sebagai perdana menteri, lazimnya tandatangan ADR dianggap sebagai bukti. Pada ketika ini kenyataan bersumpah (SD) digunakan namun jika baginda tidak yakin dengan kenyataan itu, maka baginda boleh memanggil ADR untuk menyatakan pendirian masing-masing. Ini pelaksanaan yang tidak dinyatakan dalam perlembagaan," jelasnya.
Pada Isnin, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) juga membuat keputusan untuk keluar daripada Pakatan Harapan (PH), umum Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin. Keputusan itu dicapai Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu dalam mesyuarat khas yang diadakan Ahad.
Sementara, Ahli Parlimen Gombak Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan 10 anggota PKR, yang juga Ahli Parlimen, turut mengisytiharkan keluar parti pada Isnin.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 24 2020
Yang di-Pertuan Agong perlu meneliti pemimpin yang mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat untuk mengisi jawatan tertinggi itu. - Gambar fail
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
AWANI Ringkas: Bas terbalik di Lebuh Raya Karak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Piala Uber: Pearly ambil sudut positif jika tidak ke Chengdu
Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.
Bubur Lambuk Ayam Belanda hidangan istimewa di Kampung Parit Sikom
Istimewa Ramadan 2024, penduduk kampung Parit Sikom, Pontian, Johor menikmati hidangan istimewa, Bubur Lambuk Ayam Belanda, yang diedarkan sebanyak 500 pek .
Penguasaan asas teknologi AI sangat penting untuk pelajar
Penguasaan terhadap asas AI adalah perlu dan penting seiring dengan penguasaan 3M (menulis, mengira dan membaca).
Pasaran saham ST1 positif, dijangka berterusan sehingga H2
Pasaran FBM KLCI mencatat prestasi baik dengan pulangan sekitar 5.7%. Imran Yassin Md Yusof, Ketua MIDF Research, menjangkakan sentimen positif akan berterusan sehingga separuh kedua tahun ini. Sektor cemerlang termasuk utiliti, hartanah, dan pembinaan.
Peningkatan IHPR beri petanda positif kepada perdagangan
Menurut Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff, prestasi Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Pengeluaran Tempatan Malaysia yang meningkat pada Februari 2024 menyifatkan pertumbuhan perdagangan berada di tahap yang baik.
Jangan ambil tindakan sendiri, Malaysia ada undang-undang - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberi amaran dan peringatan keras kepada orang ramai untuk tidak mengambil tindakan sendiri.
Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja hari ini memilih Agong ke-17
Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja akan berlangsung hari ini bagi memilih Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Agong zahir ucapan Selamat Hari Polis ke-216, hargai pengorbanan warga PDRM
Seri Paduka turut menyanjungi dan menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pesara PDRM atas pengorbanan yang dicurahkan.
Pasca PRU15: Seruan Agong, MRR usaha untuk masyarakat lebih bersatu - Lee Lam Thye
Rakyat perlu memberi respons yang sama dengan cara menzahirkan sokongan terhadap kerajaan perpaduan.
Pasca PRU15: Pejabat Anwar terus jadi tumpuan media
Teka-teki siapa bakal menjadi Perdana Menteri ke-10 terus menjadi tanda tanya.
Pasca PRU15: GPS serah kepada Agong lantik PM baharu
GPS menegaskan bahawa kepentingan negara adalah lebih diutamakan dan penubuhan kerajaan yang stabil mengambil kira kepentingan rakyat dan negara melebihi kepentingan peribadi.
Pandangan Tommy Thomas langgar Perlembagaan Persekutuan
Negara mengalami Parlimen tergantung di atas keputusan sah dan mandat rakyat yang diberi di PRU15 pada 19 November lalu.
Tindakan 12 menteri PN hantar surat kepada Agong disifatkan tidak wajar
Tindakan 12 menteri itu secara tidak langsung melambangkan ketidakpercayaan mereka terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri.
Penyokong Najib serah memorandum mohon pengampunan Agong
Kira-kira 300 penyokong bekas Perdana Menteri itu diketuai oleh Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia berkumpul di hadapan Istana Negara untuk menyerahkan memorandum berkenaan.
Agong, Raja Permaisuri berkenan rasmi Nicol David Organisation
Seri Paduka berdua turut berkenan beramah mesra dengan kanak-kanak yang menyertai program utama NDO, 'Little Legends'.
Agong zahir penghargaan kepada petugas barisan hadapan - PM
Seri Paduka juga ucap tahniah kepada kerajaan dalam menangani bencana banjir terutama dalam soal pengagihan bantuan yang pantas.