awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lufthansa batalkan penerbangan ke AS menjelang ribut musim sejuk
Enam pemain bintang ini berpotensi terlepas aksi Arsenal vs Manchester United
Lebih 14,000 penerbangan dibatalkan susulan ribut musim sejuk di AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada ADUN dipaksa tandatangan akuan tak sokong Mukhriz - Ahmad Bashah

Bernama
Bernama
25/01/2016
15:54 MYT
Tiada ADUN dipaksa tandatangan akuan tak sokong Mukhriz - Ahmad Bashah
Ahmad Bashah tidak mengetahui jumlah sebenar ADUN yang menandatangani akuan tersebut kerana itu diuruskan oleh seorang rakannya yang bergelar "YB". - Gambar fail
Tidak timbul isu Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Kedah dipaksa menandatangani surat akuan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir.
Menegaskan demikian, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata beliau difahamkan majoriti ADUN telah membuat akuan tersebut dan mereka bertindak atas kerelaan sendiri.
"Nak sign (tandatangan), signlah...kena ada keberanian. Anda YB, tak ada paksa, rela...YB kena ada stand (pendirian), itu baru wakil rakyat.
"Bukan yang boleh ditolak ke tengah ke tepi," katanya kepada pemberita selepas perasmian Ulang Tahun ke-5 Syarikat Bas Inter City Coach di sini hari ini.
Beliau mengulas maklumat yang viral di media sosial bahawa 19 daripada 21 ADUN Barisan Nasional (BN) di Kedah telah menandatangani akuan tersebut.
Suasana politik di Kedah 'panas' sejak beberapa hari lepas apabila Mukhriz menerima tekanan daripada ADUN dan Anggota Parlimen UMNO Kedah, serta pemimpin kanan UMNO negeri diketuai Ahmad Bashah.
Mereka secara terbuka menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri. Krisis itu berlarutan apabila Ahmad Bashah bersama sebahagian besar kepimpinan UMNO Kedah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Kuala Lumpur Jumaat lepas.
Mengulas lanjut, Ahmad Bashah berkata beliau tidak mengetahui jumlah sebenar ADUN yang menandatangani akuan tersebut kerana itu diuruskan oleh seorang rakannya yang bergelar "YB".
Katanya, masalah membabitkan kepimpinan Menteri Besar Kedah bukan pertama kali berlaku dan beliau bersama wakil rakyat yang lain mendesak untuk tindakan itu kerana mahukan perubahan dalam kepimpinan.
Berhubung perkara itu dijadikan isu oleh parti pembangkang terutama PAS, Ahmad Bashah berkata perkara sama turut berlaku ketika PAS menguasai kerajaan negeri pada 2008 hingga 2013.
"Kami bukan hendak bergaduh tetapi hendak baiki. Kami hanya minta perubahan untuk kebaikan.
"Bukan saya seorang, tetapi 14 (daripada 15) ketua bahagian. Saya cuma Timbalan Pengerusi kena bawa hasrat semua," katanya.
Topic Berkaitan
#Ahmad Bashah Md Hanipah
#Kedah
#Menteri Besar
#Mukhriz Mahathir
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan