Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mahu menjadi parti politik yang mengembalikan kegemilangan Malaysia.
Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata antara tujuan utama penubuhan PPBM ialah untuk menggembleng kerjasama rakyat untuk mewujudkan kerajaan baharu dalam pilihan raya akan datang.
"PPBM akan menjadi komponen dalam parti campuran pembangkang yang akan menggunakan satu simbol, satu manifesto dan hanya satu calon sahaja di setiap kawasan.
"Campuran pembangkang ini akan sedia untuk menghadapi cabaran perlawanan tiga penjuru atau lebih," katanya semasa ucapan pelancaran PPBM di Stadium Malawati pada Sabtu.
Beliau pada masa sama turut menggariskan beberapa perkara yang akan diperjuangkan PPBM dalam usaha mencabar Barisan Nasional (BN).
Antaranya ialah rakyat bebas melapor dan mendakwa jika terdapat salah laku atau jenayah yang dilakukan, tiada pilih kasih dalam menguat kuasa undang-undang negara, kebebasan media dan kebebasan melaporkan kebenaran.
Selain itu, pemansuhan GST secara beransur-ansur dengan digantikan cukai jualan mengikut selera rakyat, dan usaha mempertahankan nilai mata wang tanpa penjualan dolar Amerika dalam simpanan negara turut digariskan.
Majlis Pelancaran PPBM dihadiri lebih 5,000 ahli serta rakan Pakatan Harapan.
Turut hadir, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden Amanah, Mohamad Sabu; serta Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.
Hilal Azmi
Sat Jan 14 2017
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata antara tujuan utama penubuhan PPBM ialah untuk menggembleng kerjasama rakyat untuk mewujudkan kerajaan baharu dalam pilihan raya akan datang. -Astro AWANI/Hilal Azmi
AWANI Ringkas: LHDN giat buru pihak culas bayar cukai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggakan cukai: Dua ahli politik Melaka antara yang disekat ke luar negara
Dua ahli politik di Melaka antara 10 individu yang pernah disekat ke luar negara kerana gagal melunaskan tunggakan cukai melibatkan jumlah puluhan ribu ringgit.
Scarborough Shoal: Filipina tuduh China rosakkan kapalnya
Pengawal pantai Filipina menuduh pasukan pengawal pantai China mengganggu dan merosakkan salah sebuah kapalnya di kawasan terpencil dan terumbu di Laut China Selatan, Scarborough Shoal yang menjadi pertikaian kedua buah negara.
LHDN pergiat 'buru' syarikat, individu culas bayar cukai
LHDN tidak memilih bulu dan akan mengambil tindakan sewajarnya kepada semua pihak yang mempunyai tanggungjawab terhadap pembayaran cukai.
Tak cadang lanjut tempoh laksana sistem e-invois - LHDN
Sebanyak 4,000 syarikat yang memperoleh pendapatan melebihi RM100 juta setahun disasarkan menjadi kumpulan pertama untuk terbabit dalam pelaksanaan e-invois yang dilaksanakan mulai 1 Ogos ini.
Che'gu Bard mengaku tidak salah tuduhan akta hasutan
Ahli Jawatankuas Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin aay Che'gu Bard mengaku tidak salah pertuduhan membuat penerbitan menghasut berhubung projek kasino di Forest City menerusi media sosial.
Anak KPD maut tertembak: Polis tunggu laporan forensik telefon bimbit
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, siasatan masih diteruskan termasuk mendapatkan maklumat kandungan dalam telefon bimbit mangsa.
Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan
Beliau berkata Wan Muhammad Azri ditahan di rumahnya di Setapak tengah hari tadi.
Nahas helikopter Lumut: 'Wira negara, damailah kalian di sana...'
Satu negara bersimpati, bersedih dengan perginya pejuang yang telah banyak berjasa buat Malaysia.
LHDN tak cadang lanjut tempoh kuat kuasa e-invois, beri pendidikan kepada PKS
Sebanyak 4,000 syarikat yang memperoleh pendapatan melebihi RM100 juta setahun disasarkan terbabit dalam pelaksanaan e-invois yang dilaksanakan mulai 1 Ogos ini.
Parti politik di New Zealand gagal bentuk kerajaan baharu
Parti-parti politik di New Zeland gagal mencapai kata sepakat untuk membentuk kerajaan baharu susulan pilihan raya bulan lepas.
PM Poland terima mandat bentuk kerajaan baharu
Presiden Poland Andrzej Duda pada Isnin menamakan penyandang Perdana Menteri Mateusz Morawiecki sebagai ketua kerajaan yang baharu berikutan pilihan raya parlimen yang diadakan bulan lepas.
Warga asing termasuk warga AS ditahan di Afghanistan
Sejumlah warga asing, termasuk warga AS telah ditahan di Afghanistan atas pelbagai sebab, termasuk berkaitan "isu keselamatan".
SPR Thailand sahkan keputusan pilihan raya bolehkan pembentukan kerajaan baharu
400 kerusi kawasan pilihan raya dan 100 kerusi senarai parti yang diperuntukkan berdasarkan perwakilan berkadar, telah pun disahkan.
Perdana Menteri Romania letak jawatan
Perdana Menteri Romania Nicolae Ciuca mengumumkan peletakan jawatannya pada Isnin dan menjangkakan kerajaan baharu memulakan tugas rasminya "pada hujung minggu ini".
Thailand: Gabungan pimpinan Parti Move Forward tubuh jawatankuasa peralihan
Wakil parti gabungan itu akan bersidang setiap minggu sehingga mereka secara rasmi mengambil alih kuasa.
PM Thailand Prayuth janji buat yang terbaik sehingga kerajaan baharu dibentuk
Prayuth membuat kenyataan sulung itu selepas pilihan raya pada Ahad yang menyaksikan partinya sekadar memenangi 36 daripada 500 kerusi.
Kuwait bentuk kerajaan baharu
Perdana Menteri Kuwait Sheikh Ahmed Nawaf Al-Ahmad Al-Sabah membentuk kerajaan baharu pada Ahad.
Kestabilan politik, ekonomi perlu untuk Malaysia kembali sebagai kuasa tengah berpengaruh
Kerajaan baharu perlu beri tumpuan kepada usaha pemulihan ekonomi negara, kestabilan politik dan memperbaiki imej Malaysia terlebih dahulu.
Pembentukan kerajaan baharu perlu berteras Rukun Negara - Lee Lam Thye
Pembentukan kerajaan yang baharu seharusnya berprinsipkan kepada lima asas Rukun Negara yang mengandungi teras dalam mengekalkan keharmonian dan keamanan di negara ini.