awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada jaminan PKR menang pada PRU-15 - Nurul Izzah

Wan Syamsul Amly, Firdaus Azil, Diyana Ibrahim
Wan Syamsul Amly, Firdaus Azil, Diyana Ibrahim
18/11/2018
04:25 MYT
Tiada jaminan PKR menang pada PRU-15 - Nurul Izzah
Jelas Nurul Izzah kegagalan Malaysia baharu membuka risiko parti itu kalah pada PRU akan datang. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
PKR perlu membuat formula untuk memastikan kejayaan proses Malaysia baharu menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 kelak.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, ia sekali gus merangkumi proses peralihan kuasa dari kerajaan lama kepada baharu kini.
Jelasnya, kegagalan Malaysia baharu membuka risiko parti itu kalah pada PRU akan datang.
"Bila bercakap tentang Malaysia baharu, ia proses peralihan kuasa dari kerajaan lama kepada yang baharu.
"Kita kena buat formula, kalau gagal kita kena hadapi rakyat pada PRU ke-15, tiada jaminan menang pada masa itu. Jadi kita kena melaksanakan semua yang kita rancangkan," katanya semasa ucapan penggulungan Naib Presiden pada Kongres Nasional PKR ke-13 di sini, hari ini.
Memulakan penggulungan dengan menganggapnya sebagai 'anak reformasi', Nurul Izzah berterima kasih kepada pimpinan asal parti yang banyak mengajarnya tentang perjuangan.
"Semasa ayah dipenjara, pimpinan ajar saya apa itu perjuangan. Semua garis idealisme, anak reformasi ini berterima kasih sehingga menjawat jawatan naib presiden.
"Kita sedar ada kelemahan dan kita baiki, kalau kita tidak punyai kekuatan, kita tidak boleh pertahan kejayaan," ujarnya.
Nurul Izzah turut meminta kepimpinan baharu untuk mengekalkan kejayaan serta setia berkhidmat kepada parti.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Keadilan
#kongres nasional PKR
#Malaysia
#Nurul Izzah
#Nurul Izzah Anwar
#pilihan raya
#pilihan raya umum
#PKR
#PRU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan