awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kekurangan anggota, beban kerja antara faktor ketirisan di pintu masuk negara - KP Imigresen
Masyarakat diharap terus hargai karya, sumbangan P. Ramlee - PM Anwar
Tebing Barat hadapi krisis kemanusiaan terburuk sejak 1967 - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada masalah dengan DAP - Ahmad Faizal

Aida Aziz
Aida Aziz
03/02/2019
07:17 MYT
Tiada masalah dengan DAP - Ahmad Faizal
AHMAD FAIZAL: Saya tidak menipu dan saya tidak bercakap dari segi politik atau semata-mata hendak menyejukkan keadaan.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menepis dakwaan yang tular di media sosial mengatakan kononnya hubungan beliau dengan parti DAP dalam keadaan ‘dingin’.
Beliau menyatakan demikian mengulas status media sosial Instgram yang berbunyi, ‘Kabo angin mengatakan MB Peja kalau program dianjurkan oleh DAP tidak boleh pergi atau dijemput.. kononnya tak nak Cina sokong Peja betol ke?’.
Tegasnya, khabar angin itu tidak benar kerana beliau sentiasa diterima baik ketika menghadiri ke program yang dianjurkan oleh DAP sebelum ini.
“Ia tak betul.. beberapa kali saya pergi ke program DAP dan disambut dengan baik, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta ramai pemimpin DAP bersama dengan saya.
“Semalam dan dua hari berturut-turut saya bersama dengan kepimpinan DAP di daerah Manjung, tiada apa-apa masalah.
“Saya rasa ini sekadar rumours yang sekali lagi cuba dibangkitkan oleh orang ramai,” ujarnya.
Ahmad Faizal berkata demikian selepas menghadiri program mengedarkan limau mandarin sempena Tahun Baru Cina di Pasar Awam Chemor, di sini pada Ahad.
Jelasnya lagi, sesiapa pun boleh bercakap apa sahaja namun yang penting kerajaan Pakatan Harapan dan hubungannya dengan rakan yang lain dalam parti itu cukup baik dan tiada masalah.
“Saya tidak menipu dan saya tidak bercakap dari segi politik atau semata-mata hendak menyejukkan keadaan.
“Ini adalah keadaan sebenar, kalau ada masalah saya cakap. Ia tiada masalah,” katanya.
Topic Berkaitan
#Ahmad Faizal Azumu
#DAP
#kerajaan
#khabar angin
#Menteri Besar
#Pakatan Harapan
#Perak
#politik
#rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan