awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Murid sekolah tak wajib pakai tali leher mulai tahun hadapan - KPM
Bukan Jamilah tapi Pak Su Ammara, Que Haidar kembali jadi ‘lead’ untuk drama bersiri selepas 16 tahun
Nama anak boleh ditolak JPN? Fakta penting dan mengejutkan yang mama papa wajib tahu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Tiada nilai tambah sekiranya pembangkang menang PRK Seri Setia'

Bernama
Bernama
17/08/2018
22:07 MYT
'Tiada nilai tambah sekiranya pembangkang menang PRK Seri Setia'
Amirudin berucap pada Program Menyantuni dan Menyemarakkan Inisiatif Peduli Rakyat Bersama MB Selangor ke DUN Seri Setia di Masjid Al-Islamiah Kampung Lindungan, Petaling Jaya, 17 Ogos, 2018. --fotoBERNAMA
Pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia diseru agar memilih wakil rakyat dengan bijak tanpa dipengaruhi sentimen atau emosi pada pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu, 8 Sept ini.
Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata pihaknya yakin pengundi di Seri Setia akan memilih calon Pakatan Harapan (PH) berdasarkan rekod cemerlang parti pemerintah itu yang mentadbir Selangor sejak 10 tahun lepas.
Beliau berkata tiada nilai tambah kepada rakyat sekiranya DUN Seri Setia jatuh ke tangan pembangkang sebaliknya hanya mengganggu kelangsungan program yang sudah dirancang.
"Tiada manfaat apa-apa jika bertukar buat masa ini, cuma menambah suara pembangkang dari lima kerusi kepada enam kerusi.
"Bagi saya ia cuma mengganggu kelangsungan program yang sudah dirangka di sini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Menyantuni dan Menyemarak Inisiatif Peduli Rakyat di Masjid Al- Islamiah Kampung Lindungan, di sini pada Jumaat.
PRK DUN Seri Setia merupakan PRK ketiga diadakan selepas PRU ke-14 (PRU14), berikutan kematian penyandangnya Prof Dr Shaharuddin Badaruddin pada 2 Ogos lepas.
PH pada Khamis menamakan bekas Anggota Majlis Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Halimey Abu Bakar sebagai calon parti itu manakala PAS menamakan bekas anggota Exco kerajaan negeri Selangor Dr Halimah Ali sebagai calon mereka pada PRK tersebut.Penamaan calon bagi PRK itu akan diadakan esok di Dewan Sivik di sini. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Amirudin Shari
#DUN Seri Setia
#Menteri Besar Selangor
#nilai tambah
#Pakatan Harapan
#parti
#pembangkang
#pengundi
#pilihan raya kecil
#PRK Seri Setia
#rekod cemerlang
#sentimen
#seri setia
#wakil rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan