Tutup

Tiada permohonan Azmin, Xavier untuk sertai Bersatu - Tun M

Tiada permohonan Azmin, Xavier untuk sertai Bersatu - Tun M
Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sekiranya ada permohonan, pihaknya akan menimbang permohonan tersebut.
PUTRAJAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak menerima sebarang permohon daripada mana-mana pemimpin PKR untuk menyertai Bersatu.

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sekiranya ada permohonan, pihaknya akan menimbang permohonan tersebut.

Ia selepas wujud desas desus kemungkinan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan menyertai Bersatu selepas dilihat menghadiri jamuan makan malam bagi meraikan Sambutan Ulang Tahun Ketiga Bersatu pada Khamis lalu.

“Kita jemput semua pemimpin. Xavier datang, ramai orang datang.
“Xavier (Jayakumar) tak pernah (hantar permohonan). Sesiapa pun tak ada hantar permohonan. Dia (Azmin) tak buat (permohonan), kalau ada permohonan saya timbanglah,” katanya pada sidang media di sini pada Ahad.

Selain Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi, turut hadir pada majlis itu adalah Naib Presiden PKR, Tian Chua dan beberapa lagi pemimpin lain.


Tag: Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Bersatu, PKR, Mahathir Mohamad, Perdana Menteri, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.