Jika sebelum ini ketika penubuhan Parti Warisan di Sabah pada 2016, ramai dalam kalangan ahli politik daripada pelbagai parti bertindak meninggalkan parti masing-masing dan menyertainya termasuk ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ketika ini ramai juga pemerhati politik melihat situasi itu bakal berulang jika Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bertindak membuka cawangannya di negeri itu.

Namun PKR lebih memilih untuk menafikan teori tersebut berdasarkan situasi semasa yang menunjukkan PKR ketika ini dalam keadaan kukuh.

Bagi bekas Presiden PKR yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berdasarkan pemerhatiannya, kebimbangan itu timbul hanya sebelum Pilihanraya Umum ke-14 yang lalu sahaja.

“Saya ingat itu sebelum pilihanraya lah ..sekarang ini Alhamdulillah kita akan bersama-sama dengan keadilan.Namun ruang untuk mereka untuk membuat keputusan masing-masing ada sebab ruang demokratik itu masih ada.Itu pada peringkat negeri Sabah ya,” katanya ketika hadir pada sambutan Krismas di Luther Center, Petaling Jaya.