awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JAS siasat kejadian ikan mati di Sungai Tekai
Rani Kulup ditidurkan di zon merah HUKM
Penceramah bebas dijel 10 hari gagal lunas hutang kahwin RM120,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada sebab PAS mahu bergabung dengan UMNO di Selangor - Iskandar Samad

Astro Awani, Media Statement
Astro Awani, Media Statement
19/04/2015
05:30 MYT
Tiada sebab PAS mahu bergabung dengan UMNO di Selangor - Iskandar Samad
ISKANDAR: Tiada sebab PAS mahu bergabung dengan UMNO di Selangor - Gambar fail
Khabar angin PAS dan UMNO akan bergabung untuk membentuk kerajaan di Selangor dilihat usaha pihak tertentu untuk menjatuhkan imej Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelang Muktamar parti itu pada bulan Jun ini.
Sehubungan itu, Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Samad meminta orang ramai tidak mempercayai berita palsu mengenai kerjasama berkenaan.
"Tidak ada sebab untuk PAS turut bekerjasama dengan UMNO dalam khabar angin menukar Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.
"Selama ini kita bekerjasama baik dengan Azmin. Saya juga percaya ahli-ahli dapat membezakan di antara berita palsu dan yang sebenar," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Pada Sabtu sebuah portal melaporkan, Tan Sri Khalid Ibrahim dijangka akan kembali menerajui Selangor dan menggantikan Azmin.
Jelas sumber portal berkenaan, satu perjumpaan rahsia telah dibuat di antara Khalid dan Abdul Hadi di Jakarta bagi membincangkan mengenai perkara berkenaan.
Kata sumber itu lagi, perbincangan itu turut mendapat sokongan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor dari PKR yang akan mengumumkan untuk 'melompat' sekali gus mengumumkan sokongan kepada Khalid.
Pada Sabtu, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terus 'mengunci mulut' apabila ditanya berhubung sokongan rakan sekutunya, PAS, terhadap PKR sepanjang pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi
#Azmin
#iskandar
#PAS
#Selangor
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan