awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pencipta lagu P Ramlee dan Saloma nafi tiru lagu Nidji - "Persamaan mungkin ada tetapi..."
Siti Nurhaliza Ikon Seni Melaka, janji terus martabat lagu tradisi
Smart Tourism Melaka AI, pasport pelancongan perkukuh Tahun Melawat Melaka 2.0
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada syarat ditetapkan ketika perjumpaan dengan Tun M - Abang Johari

Rudi Affendi Khalik
Rudi Affendi Khalik
26/02/2020
15:44 MYT
Tiada syarat ditetapkan ketika perjumpaan dengan Tun M - Abang Johari
Sokongan GPS dibuat sebulat suara bersama rakan komponen gabungan berkenaan adalah demi kepentingan negara.
Tiada syarat ditetapkan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ketika perjumpaan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini.
Malah kata Ketua Menteri Sarawak itu, sokongan GPS agar beliau kekal mentadbir negara juga dibuat sebulat suara bersama rakan komponen gabungan berkenaan adalah demi kepentingan Malaysia.
Bagaimanapun jelasnya, sebarang syarat mungkin akan ditetapkan selepas pembentukan kerajaan baharu mahupun pembubaran parlimen.
"Tidak ada, saya kata kita akan sokong, syarat itu kemudian, secara prinsip sahaja... Kerana saya kata kepada beliau (Tun Dr Mahathir Mohamad) saya tidak mahu negara kita huru hara," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan perasmian Wireless Walk Miri di Miri pada malam Rabu.
Tambah Abang Johari, apa yang beliau sampaikan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad juga demi kepada kesejahteraan negara.
“sebagai pemimpin kita mesti melihat keadaan, tolak ketepi perbezaan politik dan beri tumpuan kepada rakyat... Apa yang lebih kehendak negara dan itu yang saya katakan kepada Tun Mahathir.
"Dalam konteks Bumi Kenyalang, 'Utamakan Sarawak' terus menjadi keutamaan kerana kestabilan politik menyumbang kepada aspirasi rakyat," katanya.
Abang Johari menambah, sokongan yang diberikan kepada Tun Dr Mahathir tidak bermaksud GPS berada bersama gabungan baru yang turut menyatakan sokongan kepada kepimpinan Tun Mahathir.
Ditanya tentang kenyataan Tun M mengenai pembentukan kerajaan baharu tanpa mengira parti politik, Abang Johari enggan mengulas perkara itu.
Topic Berkaitan
#Abang Johari Tun Openg
#GPS
#kerajaan baharu
#Ketua Menteri Sarawak
#Malaysia2020
#Parlimen
#Pengerusi GPS
#Sarawak
#Tun Dr Mahathir Mohamad
#Tun M
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan