Tiada ugutan atau tawaran dibuat kepada Tok Batin di Cameron Highlands untuk mendapatkan undi, tegas Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Pahang Fuziah Salleh.
Beliau berkata perjumpaan yang dihadiri 46 Tok Batin yang tular di media sosial semalam, adalah majlis dialog bersama pihak berkepentingan untuk membincangkan masalah dan mendengar pandangan mereka untuk mencari penyelesaian.
Katanya, mereka yang hadir ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Dr Md Farid Md Rafik yang bertanggungjawab terhadap Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), Ketua Pengarah Jakoa Datuk Ajis Sitin dan dua Senator berkaitan Orang Asli.
"...semua ingin berdialog bagi memahami masalah Orang Asli seperti tidak mempunyai pendapatan tetap, masalah ekonomi, kemiskinan, isu perumahan yang daif, ketiadaan rumah transit kepada wanita mengandung yang menunggu hari kerana dibimbangi tidak sempat ke hospital kerana jarak yang jauh.
"Kita juga dengar masalah mereka dalam isu pelaksanaan ladang rakyat yang terbengkalai atau tidak dilaksanakan dengan baik yang akhirnya gagal meningkatkan pendapatan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Khidmat Masyarakat 'Seluas Budi, Seteguh Harapan' di Dewan Komuniti Kampung Tanjung Api di sini, hari ini.
Fuziah menambah kehadirannya pada majlis itu juga atas kapasiti sebagai Timbalan Menteri JPM yang menjaga Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana agensi itu juga terlibat secara aktif dalam isu berkaitan Orang Asli.
Katanya, permasalahan pendidikan anak Orang Asli turut ditimbulkan pada majlis itu, seperti tidak mempunyai kelengkapan persekolahan termasuk baju yang lengkap dan keengganan guru untuk mengajar di pos penempatan masyarakat tersebut.
"...itu yang kita bincangkan. Tiada satu pun unsur ugutan, hasutan atau tawaran. Malah calon Pakatan Harapan (M. Manogaran) juga tidak dibawa (ke majlis itu). Kita beritahu Tok Batin bahawa mereka adalah wakil kepada Orang Asli dan tidak sepatutnya timbul konflik walaupun ada jawatan dalam politik," katanya.
Fuziah berkata demikian semasa diminta mengulas kenyataan yang tular di media sosial Facebook semalam, mendakwa Tok Batin sekitar Cameron Highlands 'dikurung' di sebuah hotel di Brinchang dengan tujuan untuk dipaksa memberi undi kepada calon Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen itu 26 Jan ini.
Fuziah yang juga Anggota Parlimen Kuantan seterusnya menegaskan tidak akan menggunakan jentera kerajaan untuk berkempen pada PRK Parlimen Cameron Highlands dan menasihatkan Barisan Nasional (BN) untuk belajar berkempen daripada Pakatan Harapan.
"Jangan buat silap dan belajar berkempen sebagai orang politik. Saya ambil cuti dan bawa kereta sendiri (untuk berkempen). Jangan salah guna jentera kerajaan. Saya pun tidak ada panggil guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) kerana saya tak mahu salah guna," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 20 2019
FUZIAH: Kita juga dengar masalah mereka dalam isu pelaksanaan ladang rakyat yang terbengkalai atau tidak dilaksanakan dengan baik yang akhirnya gagal meningkatkan pendapatan. - Gambar fail
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
14 keluarga terjejas dalam banjir kilat di Cameron Highlands
Banjir kilat berlaku ekoran limpahan sungai Kampung Raja dengan anggaran kedalaman air kira-kira 1.5 meter di lokasi.
Cameron Highlands bandar paling bahagia di Malaysia
Persepsi yang diberikan oleh penduduk di Cameron Highlands membuatkan ia dipilih sebagai bandar paling bahagia.
Sultan Pahang mahu pembaikan cerun penempatan Orang Asli Kg Sungai Ruil dipercepat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menggesa supaya projek pembaikan cerun di penempatan Orang Asli Kampung Sungai Ruil, Tanah Rata dipercepatkan.
Tanah runtuh Cameron Highlands, NRES tunggu laporan lengkap
NRES menunggu laporan lengkap berhubung kejadian tanah runtuh di Cameron Highlands, Pahang, pada Jumaat lepas yang meragut lima nyawa.
Tanah runtuh Cameron Highlands: Dua mayat terakhir ditemui
Pasukan mencari dan menyelamat petang tadi menemui mayat keempat dan kelima mangsa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Batu 59, Blue Valley, Cameron Highlands pada Jumaat.
Penerokaan haram dikesan di kawasan runtuhan di Cameron Highlands
Penerokaan haram dikesan berlaku di kawasan runtuhan tanah di Batu 59, Blue Valley di sini.
Tanah runtuh Cameron Highlands: Mayat ketiga ditemui
Pasukan mencari dan menyelamat menemui mayat ketiga mangsa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Batu 59, Blue Valley, Cameron Highlands pada Jumaat.
Tanah runtuh Cameron Highlands: Operasi hari kedua guna jentera berat
Kumpulan pertama 14 anggota dan dua ekor anjing K9 memasuki lokasi kira-kira jam 8.42 pagi manakala pasukan kedua 14 anggota jam 10 pagi.
SAR mangsa tanah runtuh di Cameron Highlands diteruskan pagi ini
Operasi bermula pada 8.30 pagi dengan melibatkan 158 anggota serta pegawai dari Pahang, Perak dan Selangor.
Tanah runtuh Cameron Highlands: Operasi SAR sebelah malam disambung SMART dan STORM
Dua ekor anjing pengesan dari Unit K-9 direhatkan setelah melakukan tugasan mencari dan menyelamat (SAR) melebihi tujuh jam.