Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak layak untuk menjadi perdana menteri jika mengabaikan agenda untuk orang Melayu dan agama Islam.
Beliau berkata perbezaan daripada sudut bangsa dan agama yang dianuti tidak akan sesekali menjadi batu penghalang untuk dirinya melaksanakan keadilan terhadap kepentingan kaum lain di Malaysia.
"Saya akan pertahankan kepentingan Melayu supaya tidak terpinggir, miskin dan tiada ruang perniagaan besar di bandar-bandar.
"Saya juga akan tetap jaga orang-orang yang beri keyakinan dan sokongan kepada kita termasuk India, Cina dan kaum lain," katanya ketika berucap dalam majlis Amanat Perdana Malaysia Baharu di Dewan Auditorium Radio Televisyen Malaysia (RTM), di sini, hari ini.
Katanya, PKR juga akan meneruskan penerapan konsep Islam dalam parti, namun ia tidak akan sesekali dijadikan sebagai imuniti dan kelebihan untuk menekan mana-mana anggota parti daripada kaum lain.
"Kita tidak akan gunakan Islam untuk menekan orang lain atau buat tafsiran Islam hanya nak hukum orang sahaja. Fahaman Islam kita itu berdakwah, beri kesedaran penafsiran dan pemahaman syariah yang benar," katanya.
Anwar, yang juga calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson berkata pendirian beliau dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) adalah senada.
"Kita adalah masyarakat Malaysia yang faham agama dan kita tidak setuju dengan perkahwinan sejenis, cuma media cuba laga-lagakan (dengan melaporkan) perdana menteri kata tidak setuju dengan LGBT, Anwar kata kita kaji semula undang-undang liwat," katanya.
Anwar berkata undang-undang liwat adalah undang-undang yang dibawa oleh Inggeris ke India pada zaman penjajahan kemudian Malaysia mengambil undang-undang tersebut dan bawa ke negara ini.
"Bagi saya undang-undang itu tidak adil dan harus dikaji semula, jadi nak tunjukkan laga saya dan Tun Mahadthir hari-hari itulah ditunjuk apa yang saya sebut yang boleh saya bergaduh dengan Tun Mahathir," katanya.
Anwar berkata beliau dan Tun Dr Mahathir sepakat untuk menyelamatkan negara daripada rompakan pemimpin-pemimpin terdahulu.
"Sekarang ini saya nak pakatan itu berhasil, pakatan Anwar, Mahathir dan parti-parti Pakatan Harapan untuk menyelamatkan negara ini daripada kerosakan yang Barisan Nasional telah lakukan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 22 2018
ANWAR: Saya juga akan tetap jaga orang-orang yang beri keyakinan dan sokongan kepada kita termasuk India, Cina dan kaum lain. - Bernama
Gaza Freedom Flotilla: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal terpaksa ditukar - FFC
Terdapat kemungkinan pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla terpaksa ditukar.
AWANI Ringkas: Semua 10 mayat dihantar ke Hospital Permaisuri Bainun Ipoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pantau Belanjawan: Meningkatkan kecekapan, produktiviti perkhidmatan kesihatan
Pantau Belanjawan membawa perkembangan terkini tentang aplikasi perkhidmatan komunikasi kesihatan, MedPlanner.
Johor laksana sunat istisqa' dan khutbah khas
Kerajaan negeri memandang serius keadaan kemarau yang berlaku di beberapa tempat dalam negara khususnya di negeri Johor.
Pengarah syarikat gagal patuhi syarat lesen cetak al-Quran didenda RM8,000
Sebelum menjatuhkan hukuman, Majistret Farah Azura menasihatkan tertuduh supaya lebih peka dengan sensitiviti berhubung pencetakan al-Quran.
Nahas helikopter Lumut: Jenazah Komander Firdaus dikebumi di Pulau Pinang
Komander Muhammad Firdaus Ramli ,44, akan dikebumikan di kampung halamannya di Sungai Nibong Besar, Pulau Pinang.
Nahas helikopter Lumut: 'Takut tak sempat lepas ni' - Kakak pilu kenang permintaan terakhir arwah
Noryani berkata dia reda dengan pemergian adiknya itu selepas ibu bapa mereka meninggal dunia Januari dan Ogos tahun lalu.
Dilarang guna 'gajet', kanak-kanak cuba terjun bangunan
Anggota JBPM Perak berkata pihaknya hanya mengambil masa tujuh minit bagi memujuk dan menyelamatkan kanak-kanak itu.
[KRONOLOGI] Nahas Helikopter TLDM
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi dua helikopter yang dilaporkan bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
[INFOGRAFIK] Perang Palestin-Israel | Fakta Nombor (Sehingga 19 April 2024)
Berikut adalah info berkenaan dengan perang Palestin-Israel, fakta nombor, sehingga 19 April 2024.
PM Anwar meriahkan sambutan ulang tahun ke-15 UKAS
Perdana Menteri menyantuni Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) di bawah Jabatan Perdana Menteri, yang menyambut ulang tahun ke-15 mereka.
PM Anwar tubuh Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri - PMO
Perdana Menteri menubuhkan Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri untuk memberi khidmat nasihat terkait soal pembangunan negara dan daya tahan ekonomi.
KL20 2024: Pelabur asing iktiraf masa tepat untuk melabur di Malaysia - PM
Ia bersandarkan kepada kestabilan dalam kerajaan dan tadbir urus yang baik, selain sifat pro-perdagangan dan pendirian neutral oleh Malaysia.
Sidang Kemuncak KL20 2024 bermula hari ini
Sidang kemuncak dua hari itu bakal mendedahkan kertas tindakan KL20 yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Isu DNB diputuskan minggu depan - Anwar
Isu berhubung dakwaan Digital Nasional Bhd (DNB) bertindak tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman, akan diputuskan kerajaan pada minggu depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendirian Malaysia kekal tegas dalam isu Palestin - Duta Malaysia ke Turki
Pendirian Malaysia dalam isu melibatkan kekejaman rejim Israel terhadap penduduk di Gaza kekal tegas di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PRK Kuala Kubu Baharu: Presiden MIC janji turun berkempen esok - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan yang mengatakan MIC tidak akan turun berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Agenda reformasi kerajaan adalah tekad politik bantu rakyat - Anwar
Agenda reformasi yang dilaksanakan Kerajaan Madani merupakan tekad politik untuk membantu golongan rakyat yang memerlukan.
Hubungan parti dalam Kerajaan Perpaduan tak retak, kekal kukuh - PM
Hubungan antara parti dalam Kerajaan Perpaduan kini adalah sangat kukuh dan mantap, dengan masing-masing sentiasa mengukuhkan hubungan tersebut, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Peruntukan pembangkang: 'Kalau ikhlas, tak perlu ada MoU' - Muhyiddin
Tidak perlu ada memorandum persefahaman (MoU) jika Kerajaan Perpaduan ikhlas untuk memberikan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.