awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Wanita rugi RM166,000 ditipu sindiket pelaburan dalam talian
Maruah ATM perlu terpelihara, jangan samakan kesalahan individu - RAFOC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak mustahil Perdana Menteri dari Pas - Mohd Amar

Astro Awani
Astro Awani
17/12/2017
11:33 MYT
Tidak mustahil Perdana Menteri dari Pas - Mohd Amar
Pas kini berada dalam keadaan yang sangat baik setelah Pakatan Harapan dan Barisan Nasional mempunyai masalah dalaman sendiri. - Gambar fail.
Tidak mustahil pemimpin dari Pas akan dilantik menjadi perdana menteri biarpun pada pilihan raya akan datang tidak menang banyak kerusi, kata Naib Presiden parti itu, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Mohd Amar berkata dimata orang ramai pendekatan yang dibawa Pas dikatakan mengundur, namun beliau yakin agenda Islam yang diperjuangkan mampu memenangkan parti itu.
"Pada tahun 1978 orang yang menjatuhkan Pas adalah Tengku Razaleigh Hamzah, tetapi beliau juga yang menjatuhkan Umno pada 1990, siapa boleh fikir, banyak benda pelik berlaku dalam Pas dan diluar pemikiran manusia"
"Sama juga di Johor, pada 2004, Pas mendapat satu kerusi di negeri itu apabila wakil Umno salah isi borang, tiada siapa yang mejangka, tetapi sekiranya ALLAH SWT mahu ia berlaku,
"Pilihan raya akan datang, Pas mungkin tak (menang) banyak, tetapi tidak mustahil kalau Perdana Menteri adalah Pas, jangan rasa pelik, yang penting ahli kena yakin kepada pimpinan parti," katanya seperi dilaporkan Sinar Harian.
Beliau dilaporkan berkata demikian dalam satu ceramah di Pengkalan Kubor, dua hari yang lalu.
Jelas Mohd Amar, apa yang penting, ahli Pas perlu istiqamah dalam perjuangan dan tidak sesekali terpengaruh dengan hasutan yang mahu merosakkan parti itu, termasuk dari bekas serpihannya, Amanah.
"Yang penting dalam perjuangan jangan berhenti, jangan rasa lelah dan kecewa, boleh jadi hari ini tidak menang, tetapi lusa menang, tak menang lagi mungkin zaman anak cucu, tetapi keyakinan Islam itu akan menangkan parti," katanya.
Beliau dalam masa yang sama berkata, ketika ini hanya Pas berada dalam keadaan 'sihat' setelah Pakatan Harapan dan Barisan Nasional mempunyai masalah dalaman sendiri.
Topic Berkaitan
#Amanah
#Barisan Nasional
#Malaysia
#Mohd Amar Nik Abdullah
#Pakatan Harapan
#PAS
#Perdana Menteri
#politik
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan