awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak salah ada kem dalam parti - Zuraida

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
24/07/2018
08:25 MYT
Tidak salah ada kem dalam parti - Zuraida
Zuraida berkata, beliau akan mengumumkan kelak jawatan yang bakal ditandinginya pada pemilihan parti akan datang. - Gambar fail
Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin tidak melihat kewujudan kem dalam parti itu sebagai sesuatu yang negatif.
Sebaliknya, katanya, persaingan antara calon yang bertanding untuk jawatan di dalam parti merupakan lambang demokrasi dan bersifat tidak kekal.
"Kalau lawan, mesti ada kem. Kalau tidak, tiada lawan. Ya, perlu ada pertandingan. Kita mengamalkan demokrasi. Demokrasi membenarkan kita bertanding.
"Selepas pertandingan, semua orang boleh jadi kawan semula," katanya pada satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Ditanya sama ada beliau akan bertanding dalam pemilihan parti kali ini, Zuraida berkata, beliau akan mengumumkan jawatan yang bakal ditandinginya nanti.
"Buat masa ini, keputusan masih belum dibuat. Saya akan umumkannya nanti," katanya.
Beliau juga turut memaklumkan bahawa pencalonan bagi pemilihan PKR ditunda ke 5 Ogos dan bukannya 29 Julai seperti dijadualkan sebelum ini.
Sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 Mei lalu, Zuraida dilaporkan tidak akan bertanding jawatan Ketua Wanita PKR bagi memberi ruang kepada pimpinan baharu dalam parti.
Topic Berkaitan
#demokrasi
#kem
#ketua wanita
#pemilihan parti
#persaingan
#PKR
#Zuraida Kamarudin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan