awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Juruukur didakwa bunuh ibu, adik angkat
Pendatang Israel luaskan pos penempatan haram di Tebing Barat
10 maut, 32 cedera bas terjunam dalam gaung di timur Mexico
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak sesuai adakan pilihan raya sekarang - Tun M

Fareez Azman
Fareez Azman
05/06/2020
11:16 MYT
Tidak sesuai adakan pilihan raya sekarang - Tun M
Ahli Parlimen Langkawi itu turut memuji tindakan kerajaan dalam menentang pandemik itu sehingga kini.; - Gambar fail
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan negara tidak bersedia untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ketika ini kerana kerajaan ketika ini perlu lebih fokus untuk menyelesaikan kemelut politik yang kian memuncak dan ia tidak boleh terganggu.
Ini walaupun sebelum ini beliau pernah mendakwa pihaknya mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen.
"Ada orang yang meminta diadakan pilihan raya sekarang, tetapi ada juga yang mengatakan jika pihak pembangkang ada majoriti kerusi parlimen maka kerajaan akan adakan pilihanraya juga.
"Ketika negara tidak boleh mengadakan pilihan raya kerana kita (ahli politik) tidak boleh berkempen dan mengadakan perjumpaan beramai-ramai seperti dulu.
Tambah beliau, selain penularan pandemik COVID-19, kerajaan perlu berjimat cermat dalam pembelanjaan wang negara.
"Kerajaan perlukan kewangan untuk mengekang penularan pandemik COVID-19. Jadi perhatian itu tidak boleh terganggu," katanya kepada pemberita dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini pada Jumaat.
Dalam sidang media yang sama, Ahli Parlimen Langkawi itu turut memuji tindakan kerajaan dalam menentang pandemik itu sehingga kini.
"Kerajaan mengendali masalah COVID-19 ini dengan bagus," katanya.
Bagaimanapun, kejayaan itu ekoran tiada campur tangan daripada ahli politik dan menyerahkan sepenuhnya kepada profesional untuk menangani penularan itu.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#koronavirus
#Langkawi
#Mahathir Mohamad
#Media
#pandemik
#pembangkang
#pilihan raya umum
#PN
#PRU
#rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan