awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perunding perjanjian plastik global berkumpul lantik pengerusi baharu
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak sokong, saya harap Muhyiddin faham - Shafie Apdal

Assim Hassan
Assim Hassan
05/03/2020
09:30 MYT
Tidak sokong, saya harap Muhyiddin faham - Shafie Apdal
Mohd Shafie berkata tindakan tidak memberi sokongan kepada Muhyiddin juga bukan bersifat peribadi. - Foto Astro AWANI
"Saya harap dia faham. Saya juga bukan mahu menentang beliau malah kami kawan lama."
Demikian respon Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika ditanya mengenai hubungan beliau dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Mohd Shafie pada sidang medianya di Pejabat Pembangunan Negeri Sabah berkata beliau konsisten dengan pendirian menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tambah Mohd Shafie, tindakan tidak memberi sokongan kepada Muhyiddin juga bukan bersifat peribadi.
Malah beliau mengambil contoh apabila Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri dan beliau menyatakan sokongan kepada Tun Dr Mahathir.
"Saya pernah kata kepada Najib saya sokong Tun Dr Mahathir walaupun Najib itu kawan saya.
"Sebagai ahli politik kita perlu jelas dengan apa pendirian kita. Bukan itu sahaja, perlu memberi tumpuan kepada usaha membangunkan rakyat dan negeri ini," katanya.
BACA: Sabah kekal kerajaan negeri pembangkang - Shafie Apdal
Jelasnya, beliau tidak boleh terikut-ikut dengan apa yang berlaku di Semenanjung kerana beliau perlu memberi tumpuan kepada rakyat dan negeri ini.
Perkara itu dinyatakan selepas beliau mengadakan pertemuan dengan 42 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan 14 Ahli Parlimen dari blok kerajaan negeri Sabah pada sesi taklimat khas di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) di sini petang tadi.
Topic Berkaitan
#Ketua Menteri
#Mahathir Mohamad
#Malaysia2020
#menteri
#Mohd Shafie Apdal
#Muhyiddin Yassin
#Najib Razak
#pembangkang
#Perdana Menteri
#politik
#Shafie Apdal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan