Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyelewengan dana hampir RM180 juta yang melibatkan seorang pemimpin kanan parti pembangkang di Sabah, tidak wajar disifatkan bermotif politik.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau yakin SPRM menjalankan tugasnya dengan telus dan tanpa campur tangan pihak luar atau dipengaruhi mana-mana parti politik.
"Saya yakin SPRM dan juga polis adalah profesional dalam bidang tugas masing-masing...dalam siasatan mereka, ada juga orang UMNO ditangkap malah pernah berlaku, masih (berkhidmat) dalam kerajaan pun ditahan.
"Jadi pembangkang kena berlaku adil. Jangan bila orang UMNO kena (siasat), mereka kata SPRM adil dan jalankan tugas tetapi bila orang mereka sendiri yang kena, terus tuduh kata ada tindakan politik," katanya.
Ismail Sabri berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Jelajah Pesara Pahang 2017 di Kompleks Rakan Muda Bera di sini pada Sabtu, yang turut dihadiri bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.
Anggota Parlimen Bera itu mengulas laporan media apabila SPRM menahan tiga individu termasuk pemimpin pembangkang terbabit berhubung kes penyelewengan dana untuk projek kebajikan rakyat miskin oleh pegawai Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang bersekongkol dengan 10 syarikat.
Ismail Sabri berkata beliau tidak mengetahui syarikat yang terlibat dalam siasatan itu memandangkan kes tersebut merupakan 'kes lama pada 2009', sedangkan beliau mula menerajui kementerian pada 31 Julai 2015.
Beliau, bagaimanapun sekali lagi menegaskan pihaknya akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada siasatan SPRM dan mengesahkan suruhanjaya itu telah mengambil beberapa dokumen berkaitan daripada pejabat kementerian berkenaan.
"Kita juga akan beri kerjasama kalau ada pegawai yang masih berkhidmat dengan kementerian terlibat dalam siasaran. Jika didakwa, kita akan merujuk kepada peraturan sedia ada mengenai tindakan sewajarnya perlu diambil," katanya.
Terdahulu dalam ucapannya, Ismail Sabri menyelar tindakan sebahagian pesara yang berubah sekelip mata menjadi penyokong pembangkang sebaik sahaja tidak bergelar kakitangan kerajaan.
"Ada antara mereka, sewaktu dalam kerajaan merupakan penyokong kuat, tapi bila petang tinggalkan pejabat, malamnya terus bantai kerajaan. Sedangkan setiap tahun kerajaan belanja berbilion ringgit untuk bayaran pencen dan faedah golongan pesara," katanya.
Ismail Sabri berkata perbuatan itu jika dilakukan atas dasar 'suka-suka' adalah tidak wajar kerana menukar kerajaan bukan perkara mudah dan rakyat negara ini perlu belajar daripada pengalaman negara luar yang huru-hara selepas kerajaan sedia ada dijatuhkan.
"Tidak bermaksud kerajaan yang ada ini tidak pernah membuat kesilapan kerana kita bukan maksum. Tapi jangan hanya disebabkan sedikit kesilapan, terus kita hendak tukar kerajaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 07 2017
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau yakin SPRM menjalankan tugasnya dengan telus dan tanpa campur tangan pihak luar atau dipengaruhi mana-mana parti politik. - Gambar fail
AWANI Tonight: 19th April 2024
#AWANITonight with Saraya Mia
- Iran-Israel: No plan for immediate retaliation from Tehran
- Voters in India head to polls in world's biggest election
#AWANIenglish #AWANInews
- Iran-Israel: No plan for immediate retaliation from Tehran
- Voters in India head to polls in world's biggest election
#AWANIenglish #AWANInews
Imigresen tahan 49 warga asing tiada dokumen sah, tinggal lebih masa
Jabatan Imigresen Perlis menahan 49 warga asing yang dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan tinggal lebih masa di negara ini.
MCE labur RM200 juta bina kemudahan di Serendah
MCE Holdings Bhd (MCE) akan melabur sekitar RM150 hingga RM200 juta dalam tempoh 10 tahun untuk membangunkan kemudahan baharu
ERL hantar 20 petugas bantu operasi Makkah Metro
Seramai 20 petugas berpengalaman Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dihantar ke Arab Saudi bagi menyokong operasi perkhidmatan tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro atau lebih dikenali Makkah Metro.
RM30 juta untuk pembangunan semula sekolah daif SK Tamu Darat - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) memperuntukkan RM30 juta untuk membangunkan semula Sekolah Kebangsaan (SK) Tamu Darat di sini yang merupakan antara sekolah daif di negeri ini.
Rasuah: Hukuman penjara bekas ketua balai polis diganti dengan denda RM10,000
Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman penjara dua bulan yang dijatuhkan ke atas bekas ketua balai polis bagi kesalahan menerima rasuah dan menggantikannya dengan denda RM10,000.
AS mungkin tidak kena sekatan terhadap Iran, bimbang harga minyak mentah naik mendadak
Iran tidak akan lakukan serangan besar yang boleh melumpuhkan Israel dan Israel juga tidak akan berbuat demikian terhadap Iran.
AWANI Ringkas: Kes lelaki Israel miliki senjata api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Saya masih setia dengan UMNO, kritikan hanya untuk bangkitkan semangat parti - Tengku Zafrul
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beliau masih lagi setia bersama parti itu walaupun pernah mengkritik kepemimpinan UMNO Selangor sebelum ini.
AWANI Tonight: How will Iran-Israel situation evolve after tit-for-tat attacks?
Iranian officials and media are playing down the Israeli attack on Isfahan, saying it was limited to three small drones. Analyst Jonathan Lord discusses the Iranian response as concerns grow over a possible war with Israel.
'Sejak awal lagi pertuduhan bermotifkan politik' - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu bahawa empat pertuduhan salah guna kuasa melibatkan rasuah yang dikenakan terhadapnya merupakan suatu penyalahgunaan kuasa mahkamah oleh pihak tertentu.
Majlis Rumah Terbuka Madani bukan bermotif politik - Fahmi
Penganjuran Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahimdi enam negeri bukan lah bermotifkan politik.
Beijing rancang singkirkan Carrie Lam?
Jurucakapnya, Hua Chunying menegaskan, laporan Financial Times mengenai pelan itu merupakan satu khabar angin yang bermotifkan politik.
Tidak wajar kaitkan siasatan SPRM bermotif politik - Ismail Sabri
Siasatan SPRM berhubung penyelewengan dana hampir RM180 juta yang melibatkan seorang pemimpin kanan parti pembangkang di Sabah, tidak wajar disifatkan bermotif politik.