Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Timbalan Menteri Kerja Raya letak jawatan

Timbalan Menteri Kerja Raya letak jawatan
Ahli Parlimen Sri Gading itu memaklumkan beliau telah membuat keputusan yang kurang tepat dengan menyertai kerajaan Perikatan Nasional. - Gambar Fail
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya berkuat kuasa serta-merta.

Dalam satu kenyataan hari ini, Dr Shahruddin memaklumkan beliau telah membuat keputusan yang kurang tepat dengan menyertai kerajaan Perikatan Nasional.

"Dengan rasminya saya umumkan meletak jawatan perkara di atas berkuatkuasa mulai hari ini. Saya telah melakukan ijtihad politik yang kurang tepat iaitu dengan menyertai kerajaan Perikatan Nasional PN,

"Saya seharusnya meletakan keutamaan dengan membuat pertimbangan bahawa pengundi- pengundi di Parlimen Sri Gading P149 telah memilih parti Pakatan Harapan PH dalam PRU14," katanya.
Shahruddin menjelaskan beliau perlu meletak jawatan kerana dilantik oleh perdana menteri dari kerajaan Perikatan Nasional.

Astro AWANI sedang berusaha mendapatkan pengesahan dari Dr Shahruddin berhubung perkara tersebut.