awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beku perolehan: KDN sedia kaji semula, elakkan penyelewengan - Saifuddin
PDRM terima laporan kes kehilangan Nadia Kesuma
Bekas Wartawan FMT, Rex Tan ditahan polis di bawah Akta Hasutan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiong Lai tidak mampu menahan deraian air mata

Firdaus Azil
Firdaus Azil
02/12/2018
05:51 MYT
Tiong Lai tidak mampu menahan deraian air mata
LIOW mahu ahli parti jangan menjadi pasif, kerana ia akan memberi imej yang negatif kepada parti. - Gambar Fail
Kekalahan teruk MCA pada Pilihan Raya Umum yang lepas nyata memberi kesan mendalam kepada Datuk Seri Liow Tiong Lai apabila beliau dilihat mengesat air matanya sewaktu memberi ucapan terakhir sebagai presiden di Kongres Tahunan parti itu di Wisma MCA, hari ini.
Turut terkesan melihat peristiwa itu ialah presidennya yang baharu, Datuk Seri Wee Ka Siong yang turut berderaian air mata sewaktu berpelukan dengan Tiong Lai, tanda penghargaan kepada tokoh yang telah menerajui parti itu dalam sejak Disember 2013.
Dalam ucapan terakhirnya, Tiong Lai, yang juga bekas Menteri Pengangkutan itu, menzahirkan penghargaaan tidak terhingga kepada pemimpin parti senior yang telah mendidik dan memberi peluang kepada karier politiknya untuk berkembang dari seorang ahli biasa, dan seterusnya menjadi peneraju parti selama lima tahun.
“Tanpa anda semua, tidak akan ada Liow Tiong Lai,” ucapnya di hadapan perwakilan MCA hari ini.
Liow turut menyeru kesemua ahli parti agar terus bertahan dan memberikan kepercayaan kepada kepimpinan parti baharu yang diketuai Wee.
Beliau juga mahukan kesemua ahli parti untuk terus berkhidmat kepada masyarakat, khususnya kaum Cina di negara ini, biarpun mereka hanya mampu mendapat satu sahaja kerusi Parlimen pada PRU yang lepas.
“Segala tindakan kita akan menentukan masa depan parti ini. Jika kita terus menjadi pasif, MCA itu sendiri akan menjadi pasif. Jika kita berusaha untuk berkembang, MCA akan mampu dipulihkan semula,” tegasnya lagi.
Topic Berkaitan
#Liow Tiong Lai
#MCA
#Parlimen
#pilihan raya umum
#PRU
#Wee Ka Siong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan