awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
18 maut dalam letupan dinamit di India
Ringgit dibuka rendah didorong risiko geopolitik mereda tingkatkan dolar AS
Jelajah kemanusiaan Rizalman sentuh jiwa, beri harapan dan melunas amanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tok Mat cadang UMNO tidak bertanding di Port Dickson

Astro Awani
Astro Awani
24/09/2018
08:08 MYT
Tok Mat cadang UMNO tidak bertanding di Port Dickson
Menyifatkan tindakan pengosongan kerusi Port Dickson sebagai bersikap mementingkan diri sendiri (self-centric), Mohamad berkata, UMNO sepatutnya menjauhkan diri dari terlibat dalam kancah politiking.
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan menegaskan proses merejuvenasi parti adalah lebih penting sekarang berbanding meletakkan calon bagi PRK Port Dickson.
Menyifatkan tindakan pengosongan kerusi Port Dickson sebagai bersikap mementingkan diri sendiri (self-centric), Mohamad berkata UMNO sepatutnya menjauhkan diri dari terlibat dalam kancah politiking.
Ini kerana ia menyimpang dalam usaha membawa pembaharuan dalam UMNO.
“Tidak ada agenda yang lebih penting waktu ini, selain dari menjayakan usaha memulihkan semula keyakinan dan kepercayaan ahli dan rakyat terhadap UMNO,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, amat penting untuk UMNO melakukan analisis dan kajian mendalam terhadap tahap sokongannya di semua kawasan Parlimen dan DUN di seluruh Malaysia.
Katanya lagi, semakan sebegini akan membolehkan UMNO merangka pelbagai strategi jangka pendek dan panjang yang khusus dan strategik kepada kelangsungan UMNO.
“Berdasarkan semua alasan ini, saya berpandangan bahawa UMNO tidak perlu terlibat dalam PRK di Port Dickson,” jelasnya lagi.
PRK Port Dickson akan berlangsung pada 13 Oktober ini manakala penamaan calon pada 29 September dan hari undi awal pada 9 September.
Kerusi Port Dickson dikosongkan bagi memberi laluan kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding sekali gus bagi mempersediakan beliau mengambil alih tampuk kepimpinan selepas Tun Dr Mahathir Mohamad bersara.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Mohamad Hassan
#PKR
#Port Dickson
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan