awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tok Pa keluar Umno: Kita tidak selalunya betul - Ku Li

Astro Awani
Astro Awani
18/09/2018
15:14 MYT
Tok Pa keluar Umno: Kita tidak selalunya betul - Ku Li
KU LI: -UMNO perlulah belajar daripada kesilapan, kita tidak selalunya betul.- - Gambar fail
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan beliau masih ada keyakinan yang tinggi terhadap Umno di sebalik tindakan Datuk Seri Mustapa Mohamed keluar parti itu.
Menurut beliau, Umno sebagai sebuah parti yang lama dan telah menempuh pelbagai liku mencorak sejarah panjang pembinaan negara, ketika ini sedang melalui fasa pemulihan.
Bagaimana pun, beliau yang mesra dengan panggilan Ku Li percaya perubahan dalam parti adalah sesuatu yang sangat diperlukan.
BACA: Mustapa Mohamed umum keluar UMNO
BACA: Tok Pa keluar UMNO: 'This is on you, Mr President' - KJ
“UMNO perlulah belajar daripada kesilapan, kita tidak selalunya betul,” kata veteran Umno itu ketika dihubungi Astro AWANI.
Mengenai tindakan Datuk Seri Mustapa Mohamed keluar Umno, Ku Li menyifatkan ia sebagai hak selaras dengan prinsip demokrasi.
“Dalam demokrasi, itu adalah hak beliau sekiranya beliau tidak lagi bersama dengan kepimpinan parti.
“Apa yang perlu dilakukan oleh kepimpinan parti ialah pastikan pemimpin-pemimpin sedia ada kekal bersama dalam perjuangan, dengar suara rakyat dan berubahlah,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#Gua Musang
#Khairy Jamaluddin
#KJ
#Mustapa Mohamed
#Parlimen
#rakyat
#Tengku Razaleigh Hamzah
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan