awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tolak politik perkauman yang bawa perpecahan di Sabah

Qaisara Umaiyah
Qaisara Umaiyah
20/08/2020
06:37 MYT
Tolak politik perkauman yang bawa perpecahan di Sabah
Muhammad Abdul Karim mendakwa, Skuad Sabil diwujudkan untuk menyemarakkan idealisme perjuangan yang dikhuatiri menyeleweng dari norma perpaduan kaum khususnya di Sabah. - Gambar Astro AWANI
Skuad Sabil Sabah yang dibentuk dalam kalangan Pemuda UMNO dikhuatiri akan memainkan sentimen keagamaan dalam usaha parti itu berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan.
Penggiat badan bukan kerajaan belia dan ahli Parti Warisan Sabah (Warisan), Muhammad Abdul Karim mendakwa, Skuad Sabil yang mewakili gerakan anak muda UMNO diwujudkan untuk menyemarakkan idealisme perjuangan yang dikhuatiri menyeleweng dari norma perpaduan kaum khususnya di Sabah.
Sehubungan itu, beliau membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu terhadap penubuhan Skuad Sabil yang disifatkannya menimbulkan kesangsian kerana peranannya dilihat sebagai jentera parti.
Menurut Muhammad, rakyat Sabah menolak politik perkauman dan sentimen agama yang akan membawa kepada perpecahan.
"Sentimen keagamaan dalam politik yang dibawa UMNO tidak sepatutnya diamalkan di Sabah kerana negeri ini terkenal dengan masyarakat majmuk yang hidup harmoni.
"Oleh itu, kita meminta pihak polis untuk melakukan siasatan dan berjaga-jaga dengan skuad ini sepanjang pilihan raya nanti,” katanya kepada wartawan selepas membuat laporan polis berkenaan pada Khamis.
Muhammad Abdul Karim yang seorang peguam berkata, Sabah merupakan sebuah negeri yang terdiri daripada pelbagai etnik berlatar belakang kepercayaan dan agama yang berbeza-beza, justeru denga wujudnya Skuad Sabil pasti mengancam hubungan antara etnik yang ada.
"Kita mahu pilihan raya kali ini berjalan dengan aman dan tidak berlaku provokasi melampau seperti pada Pilihan Raya Kecil Kimanis yang lalu di mana berlaku provokasi yang menggugat keamanan," katanya.
Topic Berkaitan
#Muhammad Abdul Karim
#pilihan raya negeri
#Politik Sabah
#Sabah Memilih
#Skuad Sabil
#UMNO
#Warisan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan