Tutup

Tolonglah letak calon UMNO di Tanjung Piai supaya kami boleh menang - Tun M

Tolonglah letak calon UMNO di Tanjung Piai supaya kami boleh menang - Tun M
Ditanya mengenai asas permintaan itu, Dr Mahathir berkata, ia berdasarkan kepada beberapa fakta yang tidak boleh didedahkan buat masa kini. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
PUTRAJAYA: Pakatan Harapan mengharapkan agar UMNO meletakkan calonnya bagi Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai, kata pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau, yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, jika PH menghadapi UMNO berbanding parti lain, mereka lebih yakin untuk memenangi pilihan raya itu.

“Kita bincang berkenaan Tanjung Piai... banyak masalah di situ. Kita juga berpendapat bahawa kita bergantung kepada parti lawan untuk menang.

“Iaitu kita minta supaya mereka (Barisan Nasional) meletakkan calon daripada UMNO. Tolonglah.. supaya kita boleh menang,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini malam ini.
Ditanya mengenai asas permintaan itu, Dr Mahathir berkata, ia berdasarkan kepada beberapa fakta yang tidak boleh didedahkan buat masa kini.

Dalam pada itu, beliau berkata, Majlis Presiden telah bersetuju agar calon Pakatan Harapan datang dari Bersatu.
“Calon belum ditentukan lagi tapi dia terdiri daripada calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia,” katanya lagi.




Tag: Majlis Presiden Pakatan Harapan, Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad, Dr Mahathir, UMNO, Barisan Nasional, Tanjung Piai Memilih, Putrajaya, PPBM



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.