Tutup

Tubuh kerajaan baharu? UMNO tak pernah bincang - Ismail Sabri

Tubuh kerajaan baharu? UMNO tak pernah bincang - Ismail Sabri
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga tidak pernah menyuarakan cadangan tersebut secara peribadi kepadanya. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: UMNO tidak pernah membincangkan penubuhan kerajaan baharu melibatkan beberapa parti dalam Pakatan Harapan (PH) dengan mengecualikan Amanah dan DAP.
 
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga tidak pernah menyuarakan cadangan tersebut secara peribadi kepadanya.
 
“Saya tidak tahu. Kita pun tak tahu. Tidak pernah (Hishammuddin maklumkan). Apa yang berkaitan dengan keputusan besar parti seperti ini mesti diputuskan oleh parti.
 
“Jadi tidak ada perbincangan di peringkat Majlis Tertinggi pun tidak ada. Jadi ini tidak ada isu,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
 
 
Hishammuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong didakwa dalang menggerakkan kewujudan kerajaan baharu tanpa DAP dan Amanah.
 
Ia disuarakan berdasarkan penulisan Hishammuddin dan wawancaranya yang kelihatan cenderung memberi isyarat akan kembali kepada politik.
 
Hishammuddin telah menepis dakwaan tersebut yang disifatkannya sebagai tidak masuk akal.
 


 


Tag: Hishammuddin Hussein, ismail sabri yaakob, UMNO, DAP, Pakatan Harapan, Parlimen, politik, kerajaan, amanah, pembangkang, majlis tertinggi



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.