awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perkhidmatan awam laksana urusan tanpa kertas bermula Isnin ini - KSN
Musim peperiksaan bukan masa sesuai untuk perhimpunan - MPP UMT
FRIM anjur sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia, tekankan pemuliharaan dan kelestarian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tumpu sahaja di Semenanjung, kata Shafie kepada Bersatu

Astro Awani
Astro Awani
06/01/2019
22:00 MYT
Tumpu sahaja di Semenanjung, kata Shafie kepada Bersatu
Shafie berharap Bersatu memahami pendirian Warisan seperti yang pernah dinyatakan sebelum PRU14 lepas.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sepatutnya mengukuhkan kedudukannya di Semenanjung dan membiarkan Parti warisan Sabah (Warisan) memberi tumpuan di Sabah, kata Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Menurut laporan The Malaysian Insight, Shafie berkata Warisan sudah menyatakan pendiriannya tentang perkara tersebut sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
“Saya sudah beritahu mereka pendirian kami sebelum pilihan raya umum lagi.
“Ketika itu Bersatu dengar kata saya dan saya berharap mereka akan terus berbuat begitu sekarang,” katanya mengulas khabar wujudnya rundingan antara partinya dan Bersatu yang merancang masuk ke Sabah.
Berita tentang Bersatu akan melebarkan sayapnya ke Sabah tersebar selepas beberapa bekas pemimpin UMNO Sabah didakwa membawa Bersatu ke negeri tersebut.
Mengulas lanjut, Shafie berkata amat mustahak kesepakatan antara Sabah dan kerajaan persekutuan diperkukuhkan berbanding membawa masuk Bersatu ke Negeri Di Bawah Bayu itu kerana Warisan merupakan parti mesra Pakatan Harapan.
Topic Berkaitan
#Bersatu
#Malaysia
#Mohd Shafie Apdal
#Sabah
#UMNO
#Warisan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan