awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Filipina perketat peraturan penggunaan bukti media sosial
Proses pengundian pilihan raya umum di Republik Afrika Tengah bermula
Kira-kira 830 migran, pelarian tiba di Pulau Crete, ramai larikan diri dari Libya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Tun M boleh lantik Anwar jadi Menteri Tugas Khas' - Kadir Jasin

Astro Awani
Astro Awani
02/12/2019
09:53 MYT
'Tun M boleh lantik Anwar jadi Menteri Tugas Khas' - Kadir Jasin
Dr Mahathir boleh membawa Anwar ke dalam Kabinet sebagai Menteri Tugas Khas walaupun Anwar secara berseloroh berkata dia tidak memohon untuk jawatan dalam Kabinet. - Gambar fail
PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad boleh membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam Kabinet sebagai Menteri Tugas Khas.
Ini pendapat Datuk A.Kadir Jasin dalam mengulas keputusan Dr Mahathir untuk merombak Kabinet susulan kekalahan besar Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai.
“Sudah tiba masanya peranan Anwar disemak kembali. Rombakan kabinet sangat diperlukan bukan saja kerana kadar sokongan terhadap PH menurun,” kata Kadir dalam tulisan terbaharu di blognya pada Isnin.
Tambah Kadir yang merupakan Penasihat Media dan Komunikasi Perdana Menteri, Dr Mahathir boleh membawa Anwar ke dalam Kabinet sebagai Menteri Tugas Khas, namun Anwar secara berseloroh berkata beliau 'tidak memohon untuk jawatan dalam Kabinet'.
Menurutnya, pengurangan ‘politicking’ (berpolitik) dan penumpuan kepada aspek pentadbiran pasti akan membawa kebaikan.
Tambahnya, isu berhubung peralihan kuasa antara Dr Mahathir dan Anwar sepatutnya diserahkan kepada dua pemimpin veteran tersebut.
“Campur tangan boleh menjejaskan peralihan yang dipersetujui. Dan jika Anwar telah belajar dari episod lampau, beliau mampu untuk meredakan penyokongnya,” tambah Kadir
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Mahathir Mohamad
#menteri tugas khas
#Pakatan Harapan
#PRK Tanjung Piai
#Tanjung Piai Memilih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan