awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
China laksana hukuman mati terhadap empat lagi anggota mafia Myanmar
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun M sedia pertimbang jawatan perdana menteri jika dipersetujui Pakatan Harapan

Astro Awani
Astro Awani
01/06/2017
14:46 MYT
Tun M sedia pertimbang jawatan perdana menteri jika dipersetujui Pakatan Harapan
TUN MAHATHIR: Saya cuma berharap parti memerintah bertanyakan kepada saya berkenaan isu-isu tertentu.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menolak akan mempertimbang untuk memegang semula jawatan Perdana Menteri sekiranya perkara itu dipersetujui Pakatan Harapan.
Namun, buat masa ini bekas perdana menteri itu tidak berminat dengan jawatan terbabit.
"Saya tidak boleh belakangkan kawan-kawan saya dalam parti Pakatan Harapan. Kalau mereka mempunyai cadangan yang seperti itu dan ini pula dipersetujui mungkin saya terpaksa pertimbang.
"Tetapi pada waktu ini, saya tidak bersetuju untuk jadi perdana menteri. Saya telah menyatakan setelah saya bersara, saya tidak akan menjadi perdana menteri,” katanya menjawab salah satu soalan dalam program soal jawab #HangTanyaCheDetJawab versi 2 secara langsung di laman Facebooknya, hari ini.
Ditanya apakah peranan yang bakal dimainkan beliau sekiranya Pakatan Harapan menang dalam PRU14 dan berjaya membentuk kerajaan, Mahathir menyatakan kesediaan menjadi penasihat.
"Saya cuma berharap parti memerintah bertanyakan kepada saya berkenaan isu-isu tertentu kerana saya menjadi perdana menteri selama 22 tahun, saya ada banyak pengalaman berguna.
“Kalau pun ada kerajaan-kerajaan yang didirikan selepas PRU14, kalau saya diberi peluang untuk beri pendapat, kalau ada soalan-soalan memerlukan perbincangan, saya bersedia ambil bahagian dalam perbincangan untuk mencari penyelesaian," katanya.
Topic Berkaitan
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#Pakatan Harapan
#Perdana Menteri
#PPBM
#PRU14
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan