awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Tun M tetap mahu saya letak jawatan walaupun tiada isu dengan 1MDB' - Najib

Astro Awani
Astro Awani
12/06/2015
11:45 MYT
'Tun M tetap mahu saya letak jawatan walaupun tiada isu dengan 1MDB' - Najib
NAJIB: Hanya kerana Tun Mahathir merupakan bekas ketua negara, sentimen pasaran dan awam telah dipengaruhi secara negatif.
Isu penolakan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tunduk di bawah tekanan Tun Dr Mahathir Mohamad mengisi catatan terbaharu dalam blog rasmi Perdana Menteri hari ini.
Menurut Najib, tujuan Dr Mahathir melancarkan serangan kepadanya adalah kerana bekas perdana menteri itu mahu beliau meletakkan jawatan.
“Beliau mahu saya berbuat demikian, sama seperti beliau mahu Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan sebelum ini.
“Dr Mahathir mahu saya meletakkan jawatan kerana saya menolak untuk melaksanakan permintaan peribadi beliau,” kata Najib.
Jelas Najib, beliau enggan berbuat demikian atas sebab tugasnya sebagai Perdana Menteri yang dilantik secara demokrasi untuk menerajui kepimpinan negara dan lakukan perkara terbaik kepada seluruh rakyat, dan bukannya untuk seorang individu.
Najib berkata, Dr Mahathir telah mencetus krisis apabila beliau tanpa usul periksa mendakwa sejumlah RM42 bilion telah hilang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selain aset-aset kewangan berjumlah RM16 bilion yang dikatakan tidak bernilai.
“Kenyataan beliau itu adalah salah dan telah mengakibatkan suasana panik yang tidak perlu,” jelasnya.
Tambah Najib, keadaan tidak akan jadi sepertimana sekarang jika Tun berpaksi kepada fakta dan memperjelaskan bahawa RM42 bilion itu adalah hutang.
“Ini kerana sesebuah syarikat secara asas perlu memiliki aset yang lebih tinggi nilainya berbanding hutang.
"Dalam kes 1MDB, hutang RM42 bilion itu didukung oleh aset bernilai RM51 bilion di akhir kewangan 2014. Tapi Dr Mahathir memilih untuk meminggirkan fakta itu,” kata Najib.
Najib berkata, adalah salah bagi Dr Mahathir untuk mendakwa secara membuta tuli bahawa RM42 bilion, atau RM27 bilion seperti yang dinyatakan kemudian, sebagai hilang.
“Selepas 1MDB menunjukkan ke mana nilai RM42 bilion itu digunakan, Tun kemudian berkata ‘beberapa bilion telah hilang’. Semua perubahan angka dan hujah itu menimbulkan tanda-tanya tentang dakwaannya.
“Bagaimanapun, hanya kerana beliau merupakan bekas ketua negara, sentimen pasaran dan awam telah dipengaruhi secara negatif,” kata Najib.
Tambah Najib, adalah menjadi tugasnya sebagai Perdana Menteri untuk memastikan semua urusan pentadbiran kerajaan berjalan dengan baik, bukan sekadar memfokus kepada 1MDB.
“Atas sebab itulah, saya mengarahkan Audit Negara untuk jalankan siasatan ke atas 1MDB, dan seterusnya laporan itu perlu dihantar kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang terdiri daripada semua parti politik untuk penilaian yang lebih telus,” katanya.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Mahathir Mohamad
#Najib Tun Razak
#PAC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan