awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun Mahathir gesa akar umbi UMNO 'selamatkan parti dan negara'

Astro Awani
Astro Awani
18/03/2016
10:13 MYT
Tun Mahathir gesa akar umbi UMNO 'selamatkan parti dan negara'
MAHATHIR: Sekali UMNO kalah, ia tidak dapat dipulih semula. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed menyeru kepada akar umbi UMNO untuk mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata, ahli UMNO yang sayang kepada perjuangan asal UMNO disaran membantu beliau menyelamatkan parti dan negara.
Jelasnya, kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan parti orang Melayu itu hilang kuasa buat pertama kali dan selama-lamanya.
"Kemukakanlah usul undi tidak percaya terhadap Najib sebagai Presiden parti dan Perdana Menteri di mesyuarat-mesyuarat cawangan UMNO. Usulkan juga agar pemilihan parti tidak ditangguhkan, dan dilaksanakan pada tahun ini juga,
"Kita tidak boleh tunggu Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) kerana UMNO yang dipimpin oleh Najib tetap akan kalah. Sekali UMNO kalah, ia tidak dapat dipulih semula," katanya dalam tulisan terbaru di blog chedet.cc
Gesaan itu perlu dibuat ketika mesyuarat cawangan UMNO di seluruh negara bermula hari ini dan dijangka berlangsung kira-kira sebulan.
Ia kemudian akan diikuti pula dengan mesyuarat bahagian UMNO yang dijangkakan berakhir pada 18 Julai manakala Persidangan Agung UMNO bagi tahun ini pula dijangka diadakan pada bulan Disember.
Topic Berkaitan
#akar umbi UMNO
#mesyuarat UMNO
#Najib Razak
#Tun Mahathir Mohamad
#UMNO
#usul tidak percaya Najib
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan