Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

'Tweet ini tidak membantu keadaan' - Netizen kecewa kenyataan Khalid Samad

'Tweet ini tidak membantu keadaan' - Netizen kecewa kenyataan Khalid Samad
Khalid menerusi akaun twitternya mencadangkan agar Dr Mahathir meletak jawatan dan menyerahkan kepada Anwar seperti dijanjikan sebelum ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kalangan netizen pada Rabu meluahkan rasa kecewa dengan kenyataan yang dibuat Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad.

Khalid dalam tweet terbaharunya dilihat terus mendesak agar Tun Dr Mahathir Mohamad menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Khalid dalam tweet terbaharu dilihat terus mendesak agar Dr Mahathir menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar.

Ada yang menganggap kenyataan yang dibuat Ahli Parlimen Shah Alam di akaun Twitter peribadinya itu tidak membantu ketika keadaan masih tidak menentu ini.

Malah ada yang kecewa dengan sikap Khalid dan menganggap ia tidak wajar dibuat ketika kedudukan PH masih belum dapat dipastikan dapat membentuk kerajaan atau tidak.

Individu yang menamakan dirinya sebagai "42 charges criminal" mendesak agar Dr Mahathir membubarkan Parlimen.

Bagi pemilik akaun bernama Bakaruddin Sanchez, apa yang dilakukan oleh Khalid dianggap menyusahkan keadaan yang mudah.


Sementera itu, pengguna Twitter yang menggunakan nama "Ariasu" menganggap kenyataan Khalid itu sebagai khianat yang tidak disukai oleh Dr Mahathir.


Khalid menerusi akaun twitternya mencadangkan agar Dr Mahathir meletak jawatan dan menyerahkan kepada Anwar seperti dijanjikan sebelum ini.


Namun ada juga yang menyokong kenyataan Khalid yang mahu Dr Mahathir menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar.