UMNO akan menggunakan fakta dan kebenaran bagi menepis kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh bekas pemimpin parti itu, kata Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) dan UMNO tidak gentar dengan sebarang tuduhan yang dibuat bekas anggota kabinet serta pemimpin pembangkang.
"Segala tindakan politik harus dilawan secara politik, kita mesti ada keberanian, kita tidak perlu membalasnya dengan pencemaran nama baik, kita tidak balas dengan fitnah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis jelajah penerangan pimpinan bersama akar umbi UMNO Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan bekas anggota Kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang mempersoal beberapa keputusan kerajaan terutama mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB) ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 di Parlimen.
Turut hadir pada majlis tertutup itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Annuar berkata anggota UMNO pula tidak seharusnya terikut-ikut dengan cara politik pembangkang yang menggunakan kaedah bertentangan dengan budaya dan agama di negara ini.
Dalam pada itu, Annuar berkata beliau sedia berdebat dengan bekas menteri terbabit, dan meminta mereka juga sanggup berbuat demikian apabila membuat sebarang tuduhan di Dewan Rakyat.
"Jangan guna imuniti Parlimen dengan cara tempang, sekurang-kurangnya jadilah Anggota Parlimen yang baik, anda mesti membenarkan wakil rakyat yang lain untuk bertanya dan terlibat secara positif, bukan bermonolog," katanya.
Ditanya sama ada bekas-bekas menteri berkenaan boleh dikenakan tindakan undang-undang termasuk Akta Rahsia Rasmi kerana mendedahkan rahsia kerajaan, Annuar berkata ia terpulang kepada keputusan Peguam Negara.
Katanya tiada sesiapa yang terkecuali daripada diambil tindakan mengikut undang-undang sekiranya melakukan sesuatu kesalahan.
Mengulas sama ada Ahmad Husni yang juga Anggota Parlimen Tambun dan bekas Menteri Kewangan Kedua akan diambil tindakan kerana mempersoal mengenai isu 1MDB, Annuar berkata: "Tidak berbangkit soal tatatertib".
"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) menyatakan dengan jelas apabila saya bertanya beliau, beliau berkata tiada apa yang kami tidak boleh memberi respons atau menjawab dan kerajaan akan menjawab semasa sesi penggulungan (Dewan Rakyat) nanti. Semua akan dijawab," katanya. -- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 30 2016
Ditanya sama ada bekas-bekas menteri (gambar) tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana mendedahkan rahsia kerajaan, Tan Sri Annuar Musa berkata ia terpulang kepada keputusan Peguam Negara.
AWANI Ringkas: 10 anggota TLDM maut | Subsidi bersasar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Guru di kawasan pedalaman Sabah tinggal dalam rumah usang
Aliakbar berkata, beliau banyak menerima aduan daripada pendidik di luar bandar termasuk dari kawasan Sipitang.
Armizan dedah ramai pemilik stesen minyak terima ugutan sindiket
Datuk Armizan Mohd Ali mendedahkan ramai pemilik stesen minyak diugut oleh sindiket sekiranya tidak membenarkan penjualan bahan api itu kepada kenderaan yang terlalu kerap mengisinya.
[TERKINI] Tragedi Helikopter Bertembung: Sidang Media Menteri Pertahanan
Ikuti langsung sidang media Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin susulan tragedi helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut pada Selasa. #AWANInews
Projek solar: Mahkamah dengar rayuan Rosmah pada 23 dan 24 Okt
Dalam pengurusan hari ini, Rosmah diwakili Akberdin dan Datuk Jagjit Singh manakala Timbalan Pendakwa Raya K. Mangai hadir mewakili pihak pendakwaan.
Pelaksanaan SKDS 2.0 bantu elak ketirisan, seludup diesel berterusan
Pelaksanaan Pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bersama Industri Pengangkutan Barangan merupakan langkah dalam mewujudkan persekitaran kondusif bagi mengelak ketirisan.
Nahas helikopter Lumut: Pengamal media, orang ramai diminta tidak sebar video insiden
Beliau berkata dalam situasi sekarang, orang ramai seharusnya menghormati waris dan keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas itu kerana video tersebut akan memberi kesan kepada mereka.
Nestlé Malaysia kembali perkenal peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup, bantu penuhi impian rakyat Malaysia
Nestle Malaysia memperkenalkan semula peraduan Nestle Gaji Seumur Hidup sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menyumbang kepada komuniti tempatan.
Wanita simbah OKU dengan air panas dipenjara 10 tahun, hakim sifatkan kejam
Mahkamah menyifatkan perbuatan seorang wanita yang menyimbah air panas terhadap lelaki sindrom Down sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Malaysia kecam serangan Israel di Rafah
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan menjelaskan situasi di Rafah amat membimbangkan mengambil kira risiko bencana kemanusiaan yang tinggi.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).