awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO Melaka jumpa TYT hari ini

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
02/03/2020
07:38 MYT
UMNO Melaka jumpa TYT hari ini
Ab Rauf Yusoh dan Idris Haron melambai kepada wartawan dari dalam kereta ketika memasuki Kompleks Seri Negeri di Ayer Keroh, Melaka pada Isnin. - Gambar Astro AWANI
Blok Barisan Nasional (BN) negeri Melaka hari ini mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob di Pejabat Tuan Yang Terutama (TYT), di Kompleks Seri Negeri, di sini.
Perjumpaan yang turut disertai beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) itu diketuai oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Pertemuan itu dipercayai bagi membincangkan mengenai perubahan landskap kepimpinan politik di negeri itu selain mempersembahkan Akuan Bersumpah (SD) dari 13 ADUN Barisan Nasional (BN) kepada Mohd Khalil.
Terdahulu, Mohd Khalil dilihat memasuki pintu masuk utama Kompleks Seri Negeri kira-kira pukul 12.25 tengah hari sebelum diikuti kenderaan yang membawa Ab Rauf dan bekas Ketua Menteri Melaka yang juga ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron pada pukul 1.50 petang.
Dua Adun dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), ADUN Paya Rumput, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen serta ADUN Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad turut difahamkan menyertai pertemuan itu.
Sehingga pukul 2.45 petang ini, pertemuan tersebut difahamkan masih lagi berjalan.
Kepemimpinan negeri berubah susulan langkah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) keluar daripada gabungan Pakatan Harapan (PH).
PH dan Barisan Nasional negeri masing-masing mempunyai 13 kerusi DUN manakala Bersatu dua kerusi.
Topic Berkaitan
#Ab Rauf Yusoh
#ADUN
#idris haron
#Melaka
#Mohd Khalil Yaakob
#Mohd Rafiq Naizamohideen
#Noor Effandi Ahmad
#UMNO
#Yang Di-Pertua Negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan