Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Umno nafi calonkan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri

Umno nafi calonkan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri
Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa dalam kenyataan hari ini berkata, laporan yang disiarkan sebuah akhbar berhubung parkara itu adalah tidak benar. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Umno hari ini menafikan laporan kononnya parti itu dan Pas telah bersetuju menamakan Presiden Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri.

Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa dalam kenyataan hari ini berkata, laporan yang disiarkan sebuah akhbar berhubung perkara itu adalah tidak benar.
"Umno dan Pas tetap dengan pendirian memohon perkenan Sri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong supaya Parlimen dibubarkan, agar rakyat dapat membuat penyelesaian muktamad kepada masalah yang sedang dihadapi pada masa ini.

"Sebarang kenyataan rasmi hanya dikeluarkan oleh Presiden atau Setiausaha Agung Umno," demikian katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, sebuah akhbar Bahasa Inggeris memetik yang Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, mendakwa semua Ahli Parlimen Pas dan Umno telah menandatangani Akuan Bersumpah (SD) untuk menyokong Muhyiddin.



Tag: Tan Sri Annuar Musa, Annuar Musa, UMNO, Tuan Ibrahim Tuan Man, Perdana Menteri, Perdana Menteri interim, Pembubaran Parlimen



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.