awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MBSB IB jangka pertumbuhan ekonomi Malaysia 4.3 peratus pada 2026
Zelenskyy lantik ketua risikan tentera terajui pentadbiran Presiden dalam rombakan besar
Trump rancang ubah suai ‘padang golf Presiden’ walaupun belum pernah bermain di situ
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO, perlu tunjuk bagaimana pemimpin harus berkelakuan - Salleh Said

Bernama
Bernama
07/12/2015
15:12 MYT
UMNO, perlu tunjuk bagaimana pemimpin harus berkelakuan - Salleh Said
Salleh berkata UMNO sebagai tonggak BN, iaitu selaku kerajaan, perlu mengutamakan parti daripada perbalahan kecil dan percakaran sesama sendiri. - Gambar Fail
UMNO selaku tulang belakang Barisan Nasional (BN) perlu menunjukkan bagaimana seorang pemimpin harus berkelakuan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Oleh itu "kami (UMNO) harus membuktikan kepada pengkritiknya iaitu walaupun pasti berlaku perebutan kuasa dalam mana-mana parti politik di mana-mana rantau di dunia, UMNO tahu bila hendak merapatkan barisan dan bila untuk membuktikan kematangan," kata beliau menerusi catatan terbaru dalam blognya http://sskeruak.blogspot.com/ hari ini.
Salleh berkata UMNO sebagai tonggak BN, iaitu selaku kerajaan, perlu mengutamakan parti daripada perbalahan kecil dan percakaran sesama sendiri.
"Dan membuktikan bahawa kita masih mampu menjadi kerajaan, dan masih mampu meletakkan masa depan parti dan negara mengatasi semua kepentingan lain," kata beliau.
Beliau berkata perhimpunan agung UMNO tahun ini bakal mencorakkan rentak bagi pilihan raya negeri Sarawak, yang akan diadakan tidak berapa lama lagi dan bakal disusuli pula pilihan raya umum.
Topic Berkaitan
#komunikasi
#Menteri Komunikasi dan Multimedia
#Salleh Said Keruak
#SKMM
#Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan