awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO runtuh, Pas perlu ke depan perjuang agenda Melayu Islam - Takiyuddin

Bernama
Bernama
15/12/2018
21:00 MYT
UMNO runtuh, Pas perlu ke depan perjuang agenda Melayu Islam - Takiyuddin
Takiyuddin berkata, Pas perlu menjadi parti utama menggalas tanggungjawab memperjuangkan agenda Melayu Islam. - Gambar fail
Pas menyifatkan krisis yang melanda UMNO kebelakangan ini telah meruntuhkan struktur kepimpinan parti itu sekali gus dilihat tidak berupaya memperjuangkan agenda Melayu-Islam.
Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan berkata, berdasarkan kepada keadaan itu, Pas perlu menjadi parti utama menggalas tanggungjawab itu.
"Kalau dulu kita lihat dari segi kekuatannya dan jumlah ahli, memang UMNO yang menjuarai perjuangan agenda untuk Melayu Islam, apatah lagi mereka dahulu berada dalam kerajaan.
"Sekarang ini mereka bukan lagi kerajaan dan ketika ini ramai pemimpin dan wakil rakyat mereka meninggalkan parti menyebabkan struktur UMNO di beberapa peringkat sudah runtuh," katanya dalam sidang media selepas menghadiri program Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden, di sini pada Sabtu.
Rabu lepas, hampir keseluruhan barisan kepimpinan UMNO Sabah termasuk lima anggota Parlimen, sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan dua senator mengumumkan keluar parti dengan alasan parti itu tidak mempunyai hala tuju yang jelas.
Pada Jumaat, enam lagi wakil rakyat UMNO meninggalkan parti.
Ditanya sama ada perkembangan itu memberi kesan terhadap kekuatan pembangkang di dalam Dewan Rakyat, Takiyuddin berkata bilangan wakil rakyat UMNO tidak menentukan peranan dan pendirian Pas.
"Walaupun kita (Pas dan UMNO) sama-sama pembangkang, tapi kita mempunyai ikatan yang longgar di Dewan Rakyat, berapa pun bilangan UMNO pendirian kita jelas, kita berkecuali terhadap isu atau perkara-perkara yang dibawa kerajaan.
"Kita berperanan menasihat kerajaan, maknanya kita tegur apa yang tidak betul dan kita sokong apa yang betul, jadi, bilangan anggota UMNO dalam Dewan Rakyat saya tidak nampak memberi masalah besar kepada kita," katanya.
Mengulas lanjut mengenai tindakan keluar parti oleh pemimpin UMNO itu, anggota Parlimen Kota Bharu itu berkata ia memang dijangka berdasarkan landskap politik semasa dan berkemungkinan akan berlaku lagi selepas ini.
"Mana-mana parti pun apabila berada dalam keadaan begitu ahli dia akan bertempiaran lari kerana sebagai orang politik mereka memerlukan platform untuk berjuang," katanya yang turut mengalu-alukan sekiranya ada anggota UMNO yang ingin menyertai Pas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ADUN
#Dewan Rakyat
#lompat parti
#Parlimen
#PAS
#Takiyuddin Hassan
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan