awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes tikam pelajar: Laporan psikiatri sahkan remaja lelaki layak dibicarakan
Letupan Universiti HELP: Tiga mangsa masih dirawat, seorang koma akibat pendarahan otak
Semua keputusan perolehan ATM, PDRM terkait isu rasuah dibekukan sementara - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO Sabah mesyuarat esok, tentukan kerusi PRN Sabah - Bung

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
01/08/2020
09:05 MYT
UMNO Sabah mesyuarat esok, tentukan kerusi PRN Sabah - Bung
Bung Moktar dalam temu bual eksklusif bersama Astro AWANI hari ini mendedahkan, perbincangan itu akan melibatkan di kalangan kerusi-kerusi UMNO terlebih dahulu. - Foto Astro AWANI
UMNO Sabah akan mengadakan perbincangan untuk menentukan jumlah kerusi yang bakal ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah esok.
Pengerusi Perhubungannya, Datuk Seri Bung Moktar Radin dalam temu bual eksklusif bersama Astro AWANI hari ini mendedahkan, perbincangan jam 11.30 pagi itu akan melibatkan kerusi-kerusi UMNO terlebih dahulu.
Beliau berkata, selepas mesyuarat itu, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan parti komponen yang lain serta berbincang dengan gabungan kumpulan Tan Sri Musa Aman, Parti Bersatu Sabah (PBS), STAR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
"Jadi sebetulnya pengagihan kerusi ini belum putus, UMNO Sabah akan bermesyuarat esok pada jam 11.30 pagi, untuk menentukan kerusi yang UMNO akan tandingi dan selepas itu kita akan berbincang dengan pengerusi-pengerusi Barisan Nasional, iaitu MCA dan PBRS.
"Saya akan berjumpa dengan presiden-presiden ataupun ketua-ketua parti seperti PBS, STAR dan Bersatu.
"Dan seterusnya saya akan berbincang dengan Tan Sri Musa Aman, untuk memberi gambaran arah UMNO dan BN berhadapan dengan PRN Sabah yang akan dilangsungkan tidak lama lagi," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kota Kinabalu, pada Sabtu.
Terdahulu, Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dalam kenyataan medianya mendedahkan Bersatu bakal bertanding 45 kerusi DUN pada PRN kali ini.
Sementara itu, Bung Moktar berkata, UMNO terlebih dahulu akan menyelesaikan permasalahan dalaman dan mempertimbangkan untuk mengumumkan senarai nama calon lebih awal.
"PRN akan diputuskan pada hari Isnin oleh SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya), tentu UMNO Sabah memperkukuhkan (menyelesaikan) masalah dalaman terlebih dahulu.
"Ia bagi mengenal pasti kawasan dan calon-calon yang bertanding.
"(Calon) yang kita rasa dapat sokongan dan kemenangan saya akan umum nama awal-awal, sebab kita tidak boleh lagi seperti dahulu... di mana nama calon dua tiga hari akan diketengahkan... ini akan menyebabkan parti kita lemah," katanya.
Terdahulu, senario politik semasa di Sabah sekali lagi bergolak apabila Ketua Menteri, merangkap Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan pembubaran kerusi DUN pada Khamis lalu.
Ia selepas cubaan kumpulan Tan Sri Musa Aman yang melibatkan beberapa ADUN dari parti pemerintah yang menyertai pembangkang mendakwa memiliki jumlah majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan baharu di negeri itu.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Bersatu
#Bung Moktar Radin
#Musa Aman
#PBS
#Pilihan Raya Sabah
#PPBM
#PRN
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan