POLITIK
UMNO Sabah perlu amal empat prinsip untuk kekal di negeri itu - PM

Perdana Menteri selaku Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak melambai tangan kepada perwakilan ketika tiba untuk merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Paya Besar 2016, baru-baru ini. - Gambar Bernama
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu UMNO Sabah terus mengamalkan empat prinsip utama untuk kekal sebagai parti tunjang di negeri itu.
"Kita harus terus mewujudkan kestabilan politik, pelihara keselamatan dan kedaulatan Sabah, jamin pembangunan dan kebajikan rakyat secara inklusif dan pegang teguh kepada prinsip kerjasama dengan parti komponen Barisan Nasional lain.
"Dengan itu, saya yakin UMNO boleh menang tambahan lagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dalam Pilihan Raya Umum," kata beliau menerusi laman Facebooknya @najibrazak, hari ini.
Hari ini, Najib berada di Sabah bagi merasmikan persidangan perwakilan UMNO Sabah Zon 1 iaitu bahagian Kudat, Kota Marudu, Kota Belut dan Tuaran pada sebelah pagi.
Pada sebelah petang beliau merasmikan persidangan perwakilan UMNO Sabah Zon 3, meliputi UMNO bahagian Beaufort, Kimanis, Sipitang dan Papar.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami