Tutup

Umno Sabah perlu sedikit waktu untuk matang, kembali teguh - Najib

Umno Sabah perlu sedikit waktu untuk matang, kembali teguh - Najib
Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Razak menyifatkan proses mematangkan kepimpinan parti itu kini sedang giat berjalan negeri Sabah. - Foto Astro AWANI
PAPAR: Pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Umno di Sabah memerlukan sedikit waktu untuk menjadi matang dalam kancah politik.

Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Razak menyifatkan proses mematangkan kepimpinan parti itu kini sedang giat berjalan di negeri itu.

Beliau berkata, proses tersebut adalah perlu dalam usaha BN dan UMNO untuk muncul kuat semula serta menawan kembali negeri itu selepas kehilangan beberapa pemimpin yang bertindak keluar ke parti.
"Kita perlu kepada penggantian pemimpin-pemimpin, sebab banyak pemimpin kita walaupun mereka bersemangat, tapi belum cukup pengalaman lagi.

"Jadi dalam masa yang terdekat ini kita kena mematangkan mereka dalam kancah politik supaya mereka jadi viable alternatives (pilihan sesuai) nanti," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Papar di Kinarut, Papar, pada Ahad.
BN akan mewujudkan satu pakatan baharu di  Sabah, beliau memberikan bayangan pihaknya sentiasa berkerjasama. - Foto Astro AWANI

Sementara itu, ketika ditanya sama ada Umno dan BN akan mewujudkan satu pakatan baharu di  Sabah, Najib memberikan bayangan pihaknya sentiasa berkerjasama.

"Politik masih dinamik dan amatlah 'cair', jadi saya akan berkata pelbagai senario yang kita hadapi, agak terlalu awal mengatakannya, tetapi Umno dan BN terbuka untuk berkerjasama dengan parti  yang percaya dasar-dasar BN dan UMNO," katanya.

Terdahulu, sebelum majlis tersebut, Najib yang juga bekas Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Pekan itu berkesempatan mengadakan kunjungan ke sebuah restoran di daerah Putatan untuk bertemu orang ramai.

Tag: Najib Razak, UMNO, Barisan Nasional, Perdana Menteri, politik, Parlimen, Sabah, Pengerusi Lembaga Penasihat BN


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.