UMNO sedia jalin kerjasama, termasuk dengan DAP - Annuar Musa

UMNO sedia jalin kerjasama, termasuk dengan DAP - Annuar Musa
ANNUAR: UMNO sedia jalin bekerjasama dengan mana-mana parti, termasuk DAP. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: UMNO sedia jalin bekerjasama dengan mana-mana parti, termasuk DAP.

Demikian tegas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang menambah bahawa UMNO tidak boleh terus tegar dalam era Malaysia Baharu ketika melalui 'fasa baharu', lapor The Malaysian Insight.
"Kita (UMNO) ingin terbuka kepada sebarang pilihan.

"Formula lama gabungan Barisan Nasional (BN) sudah ketinggalan zaman," katanya lagi.

Barisan Nasional (BN) dilapor digantung sementara ketika UMNO melalui 'fasa baharu' untuk mencari 'rakan politik' mereka.

Astro AWANI cuba mendapatkan Annuar Musa bagi penjelasan lanjut berhubung laporan ini.