UMNO tetap menjadi benteng terakhir mempertahankan Islam dan Melayu di negara ini walaupun dihimpit dan diuji dengan persepsi kebencian dan negatif oleh sesetengah masyarakat umum, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Naib Presiden UMNO itu berkata masyarakat khasnya mahasiswa perlu lebih bijak dan tidak terperangkap dalam permainan "court of public opinion" dan sebaliknya perlu cenderung melihat kepada rekod pencapaian dan kejayaan UMNO selama ini.
"Hodoh sangat ke UMNO? Kotor sangat ke UMNO? UMNO dihukum oleh 'court of public opinion'. Apabila kebatilan, pembohongan diulang-ulang, ianya menjadi satu stigma kepada pola pemikiran yang akhirnya UMNO yang dikotorkan itu dianggap kotor. Kebenaran lazimnya datang kemudian.
"UMNO adalah 'last bastion of the Muslim and Malay in this country'. Rekod kita memperlihatkan pencapaian dan kejayaan tanpa kita berniat untuk riak mahupun takbur. Kita hidangkan rekod ini ke khalayak untuk dinilai," kata Ahmad Zahid yang turut menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden UMNO.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Kepemimpinan Mahasiswa Nasional (Pemanas) yang turut dihadiri Pengerusi Biro Pendidikan UMNO Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah dan Ketua Pemuda UMNO Pahang merangkap Pengarah Pemanas Shahar Abdullah.
Pemanas merupakan program anjuran Biro Pendidikan UMNO yang dihadiri 350 peserta terdiri daripada mahasiswa di dalam dan luar negara bagi membincangkan pelbagai isu anak muda khususnya berkaitan mahasiswa selaras dengan program menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2017 bertemakan 'Mahasiswa Arkitek Malaysia Alaf Baru'.
Ahmad Zahid berkata justeru menjadi tugas dan tanggungjawab mahasiswa selaku pemimpin masa depan untuk menjernihkan keadaan dan mempertahankan parti keramat Melayu itu.
"Tugas dan tanggungjawab saudara semua adalah melontarkan fakta mengenai indahnya UMNO sebagai sebuah organisasi politik serta sebagai sebuah institusi sosial orang Melayu yang tidak ketepikan bangsa lain.
"Anda tidak salah pilih untuk jadi ahli UMNO. Malah anda paling bertuah sebab memilih UMNO. Amat rugi jika ada anak-anak muda yang ketepikan UMNO," katanya yang berharap kecemerlangan UMNO diteruskan oleh generasi muda selaku arkitek masa depan negara.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut mengingatkan mahasiswa agar menjadikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai pemimpin yang paling berjiwa besar dan relevan dalam merealisasikan aspirasi golongan muda.
Beliau berkata ini kerana pemimpin-pemimpin UMNO sentiasa berada di belakang belia dalam melaksanakan agenda transformasi negara.
"Belajarlah daripada beliau dan inisiatif dalam NBOS (Strategi Lautan Biru Nasional) dan transformasi yang dilakukan beliau. Walaupun beliau diterajang dengan pelbagai isu, disimbah pelbagai fitnah, dihujani pelbagai peluru kebencian, namun daya tahan beliau luar biasa.
"Pemimpin seperti ini harus kita dukung. Ini bukan hanya soal wala, bukan hanya soal 'loyalty', bukan soal kesetiaan sahaja kita tidak mahu kesetiaan membabi buta," katanya.
Menurutnya kesetiaan beliau dan pemimpin UMNO lain terhadap kepimpinan Najib adalah kerana yakin terhadap falsafah dan usaha Perdana Menteri untuk membantu membangunkan negara dan orang Melayu, dan pada masa sama tidak mengetepikan hak-hak bangsa dan negara lain.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 30 2017
Ahmad Zahid berucap pada Majlis Perasmian Persidangan Kepimpinan Mahasiswa Nasional 5.0 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini. --foto BERNAMA
PRK Kuala Kubu Baharu: Isu akademik, Khairul Azhari mahu fokus pilihan raya
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut enggan mengulas kontroversi melibatkan kelayakan akademiknya yang tular.
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
Kes saman yang difailkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selesai secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini.
GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf sebagai Malaysia-China Institute
Pada peringkat awal, pusat itu akan melatih 2,000 tenaga TVET yang mendapat tajaan latihan ke negara berkenaan.
Tahun Baharu Tamil, Hari Vishu diharap bawa permulaan hidup harmoni - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata kedua-dua sambutan itu mempunyai keunikan budaya dan sejarahnya yang tersendiri.
RM57.15 juta untuk tingkat pengeluaran getah asli negara melalui Petara - Zahid
KKDW melalui RISDA memperuntukkan RM57.15 juta sebagai permulaan usaha meningkatkan pengeluaran hasil getah asli negara, melalui program Petara.
TPM, Jemaah Menteri ucap selamat menyambut Nuzul al-Quran
Ahmad Zahid berkata, al-Quran adalah petunjuk dan membimbing manusia ke arah kebaikan dan kebenaran serta meningkatkan keimanan.
KEDA perlu utamakan keberkesanan projek dilaksanakan - Ahmad Zahid
Peruntukan besar yang disalurkan kerajaan Persekutuan kepada Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) harus disusuli dengan keberhasilan dan keberkesanan projek yang dilaksanakan.
Stoking tertera kalimah Allah: Ahmad Zahid minta semua pihak patuhi titah Agong
Ahmad Zahid menegaskan isu tersebut harus diselesaikan dengan sebaiknya supaya tidak timbul sebarang permasalahan, apatah lagi dikaitkan dengan sentimen 3R.
Bukan UMNO runtuhkan Muafakat Nasional - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan bahawa bukan parti itu yang meruntuhkan Muafakat Nasional (MN).
22 juta umat Islam belanja RM5.4 bilion di bazar Ramadan - Ahmad Zahid
Justeru, Ahmad Zahid mengingatkan kepada umat Islam agar bersederhana ketika berbelanja pada bulan puasa dan mengelak pembaziran.
Presiden UMNO adakan pertemuan tertutup bersama 14 ketua bahagian di Kelantan
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengadakan perjumpaan tertutup bersama 14 Ketua UMNO Bahagian Negeri Kelantan.