awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO2015: Hishammuddin tidak desak Muhyiddin dan Shafie minta maaf

Astro Awani
Astro Awani
12/12/2015
09:08 MYT
UMNO2015: Hishammuddin tidak desak Muhyiddin dan Shafie minta maaf
HISHAMMUDDIN: Saya tidak menyebut pun bahawa TS Muhyiddin Yassin dan DS Shafie Apdal perlu mohon maaf kepada DS Najib dan UMNO.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjelaskan beliau tidak pernah menggesa supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bertindak memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dalam posting terbaru di laman Facebook, beliau menggesa supaya media tidak memutarbelitkan kenyataannya semasa sidang media semalam.
"Saya tidak menyebut pun bahawa TS Muhyiddin Yassin dan DS Shafie Apdal perlu mohon maaf kepada DS Najib dan UMNO.
"Media jangan spin dan buat laporan sesuka hati," katanya dalam posting yang turut memuat naik video sidang medianya bersama seorang lagi Naib Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Memetik laporan Bernama pada Jumaat, Hishammuddin menyifatkan masih ada ruang untuk Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memohon maaf kepada UMNO di atas keterlanjuran sikap mereka, namun ia perlu dilakukan dengan ikhlas.
Tambah Hishammuddin, ia bergantung kepada Timbalan dan Naib Presiden UMNO itu untuk memohon maaf bagi merapatkan semula barisan kepimpinan tertinggi UMNO seperti yang disarankan ahli parti.
Topic Berkaitan
#Hishammuddin Hussein
#mohon maaf
#Muhyiddin Yassin
#Shafie Apdal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan