Tumpuan rakyat Malaysia akan terarah kepada keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung kedudukan beliau di dalam UMNO.

Pada Isnin, beliau berkata bahawa dirinya masih lagi ahli UMNO.

"Buat masa ini, saya masih ahli UMNO, katanya ringkas.

Namun, masih menjadi tanda tanya jika kemungkinan Muhyiddin akan mengikut jejak bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengumumkan pengundurannya daripada parti itu pada Isnin.

Ia berikutan keputusan yang dibuat pada Jumaat apabila UMNO sepakat menggantung Muhyiddin daripada jawatan timbalan presiden atas dakwaan tindakan beliau yang didapati melanggar beberapa perlembagaan parti dan dianggap melampau.

Menurut pandangan anda, patutkah Muhyiddin keluar daripada UMNO? Ikut serta dalam undian kami.