Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai yang sedang rancak kempennya ketika ini menyaksikan satu keunikan apabila buat pertama kali wujudnya kerjasama yang bukan 'biasa-biasa' antara MCA dan Pas, bagi menentang Pakatan Harapan (PH).
Kerjasama ini melibatkan orang tengah iaitu UMNO yang merupakan rakan MCA dalam Barisan Nasional (BN) dan sekutu Pas menerusi Muafakat Nasional.
Kenapa ia unik? Ini kerana kedua-dua parti itu telah lama bermusuhan dan mempunyai perbezaan pendapat yang amat ketara dalam banyak perkara terutama melibatkan soal Melayu dan agama Islam.
Bagaimana ia bermula ? Kedua-dua mungkin menyedari kerjasama mereka penting selepas perubahan landskap politik negara selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tahun lepas dan mungkin ini cara terbaik untuk mereka menjadi kerajaan selepas PRU15.
Walaupun sebelum ini, MCA dan Pas berdolak-dalik bahawa kedua-dua parti ada mempunyai hubungan politik, namun PRK Tanjung Piai menyerlahkan realiti sebenar.
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada ceramahnya di sini 6 Nov lalu mengesahkan bahawa parti itu turun ke Tanjung Piai untuk menyokong MCA yang mewakili BN bagi menghadapi PRK itu.
Beliau berkata itu adalah isyarat untuk memastikan kemenangan calon BN Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng merampas kerusi parlimen itu.
"Pas boleh menyokong calon MCA yang dianggap bukan Islam...perlu difahami Islam yang diajar bukan sahaja satu agama tetapi Islam juga adalah cara hidup, antaranya Islam mengajar kita hidup bermasyarakat yang majmuk," kata Abdul Hadi pada ceramah itu.
Bagi seorang petugas jentera BN, beliau melihat kerjasama seperti itu amat diperlukan dalam keadaan sekarang, malah beliau mengakui keadaan itu pelik, jika mengambil kira keadaan sebelum ini.
"Memang agak pelik kerjasama ini. Tetapi dalam politik ini kita tidak boleh terlalu rigid. Perubahan seperti ini kadangkala perlu," katanya.
Sementara itu, Naib Presiden PKR Tian Chua berkata 'gabungan' itu menunjukkan tidak konsisten, bagaimana UMNO dan Pas mengambil peluang apabila tiba-tiba MCA rela bekerjasama dengan Pas.
"Ia juga menunjukkan MCA bersifat oportunis apabila mendapat sokongan daripada UMNO dan Pas. Pada mulanya, Muafakat Nasional adalah pakatan antara UMNO dan Pas tidak termasuk MCA tetapi sekarang mereka menggunakan calon MCA untuk bertanding pilihan raya kecil. Ini bukannya memperjuangkan kesejahteraan rakyat...ia hanya untuk kesenangan (mereka). Mereka bergabung hanya untuk kesenangan (mereka)," katanya.
Bagi Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Teknologi Malaysia Prof Madya Dr Kassim Thukiman, beliau beranggapan perkara itu berlaku kerana Pas tidak lagi boleh bersendirian selamanya.
Ditanya sama ada kerjasama kedua-dua parti itu adalah sandiwara untuk menang pada PRK kali ini, katanya ada anggapan sedemikian tetapi jika melihat dari sudut positif kerjasama itu, Pas sudah menerima realiti politik Malaysia yang memerlukan kerjasama antara pelbagai kaum.
"Sekiranya Pas mengambil keputusan bersendirian seperti PRU14, susah untuk Pas mendapat lebih banyak kerusi di Malaysia," katanya.
Pengundian PRK Tanjung Piai diadakan Sabtu ini. Ia merupakan pertembungan enam penjuru antara calon PH Karmaine Sardini, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng (BN), Wendy Subramaniam (Parti Gerakan Malaysia), Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz (Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia) serta dua calon Bebas, Dr Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Abd Ghaffar.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 14 2019
Pengundian PRK Tanjung Piai diadakan Sabtu ini, menyaksikan pertembungan enam penjuru antara calon PH, BN, Gerakan, Berjasa dan dua calon bebas. - Gambar fail
Airasia Consulting teruskan libat urus bagi nyahlabur Srilankan Airlines
AirAsia Consulting berhasrat untuk meneruskan libat urus dengan pihak International Finance Corporation (IFC) yang diberi mandat memberi nasihat kepada kerajaan Sri Lanka berhubung usaha nyahlabur dalam SriLankan Airlines Ltd.
Harga minyak: Peningkatan harga beri kesan positif dan negatif - SERC
Terdapat kebimbangan mengenai "kesan pesanan kedua" bekalan minyak yang dijangka menyebabkan kenaikan harga tenaga dan seterusnya inflasi. Ini akan melemahkan perbelanjaan pengguna dan permintaan pelaburan.
Victoria Beckham sifatkan reunion Spice Girls hadiah terbaik sambut usia ke-50
Victoria Beckham Sifatkan Reunion Spice Girls Hadiah Terbaik Sambut Usia 50
Kerajaan perlu ambil kira graduan sedia ada di pasaran
Kerajaan perlu mengambil kira graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang sedia ada dalam pasaran ketika ini jika mahu melihat keberkesanan penetapan gaji premium untuk graduan dalam bidang itu secara optimum.
Nahas Helikopter Lumut: PM akan umum bantuan untuk waris mangsa - TPM
Kerajaan akan mengumumkan bantuan khas kepada waris 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM Lumut.
Pasaran buruh: Produktiviti tenaga kerja masih perlu dipertingkat
Kadar pengangguran telah menurun kepada paras sebelum wabak Covid-19 sebanyak 3.3 peratus pada suku keempat 2023, namun, kadar pengangguran berasaskan kemahiran berada pada 37.4 peratus dalam tempoh yang sama.
Kewangan: Golongan Millenial, Gen Z Malaysia teraju perbankan Islam
Malaysia juga mempunyai kadar tertinggi pengguna yang hanya menggunakan perbankan Islam (42 peratus), berbanding hanya lebih suku (26 peratus) daripada responden global.
MCMC nasihat tidak muat naik dan padam video
MCMC mengingatkan orang ramai supaya tidak memuat naik atau menyebarkan rakaman video nahas dua helikopter TLDM.
Sambutan Hari TLDM ke-90 dibatal, diganti dengan tahlil
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan semua acara sambutan ulang tahun ke-90 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang dijadual bermula Jumaat ini dibatalkan susulan nahas dua helikopter yang mengorbankan 10 anggota TLDM.
Nahas helikopter Lumut: Sambutan Ulang Tahun TLDM dibatal
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebaliknya ia akan diganti dengan majlis tahlil dan doa selamat yang akan diadakan Jumaat ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).