awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UPKO umum keluar BN, wujud kerajaan campuran dengan Warisan

Tan Su Lin
Tan Su Lin
10/05/2018
07:25 MYT
UPKO umum keluar BN, wujud kerajaan campuran dengan Warisan
Wilfred Madius ketika sidang media berkenaan hala tujuan UPKO di Kota Kinabalu, hari ini. - Astro AWANI/Tan Su Lin
Pemangku Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau umum parti itu keluar daripada Barisan Nasional (BN) dan akan mewujudkan kerajaan campuran dengan Parti Warisan Sabah.
Menurut Wilfred Madius, lima Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) UPKO akan dipanggil ke Istana Negeri untuk menyatakan pendirian mereka.
Mereka termasuk ADUN bagi kawasan Kuamut, Kuala Penyu, Kadamaian, Nabawan dan Panginatan.
Keputusan itu dibuat sebulat suara majlis tertinggi parti itu.
"Saya telah menerima undangan selalu pemangku presiden UPKO untuk menyatakan pendirian parti. Sebentar nanti, saya akan Istana Negeri untuk menyatakan pendirian dan kelima-lima Adun UPKO juga akan dipanggil ke istana.
"Kita harap dengan ini sebuah kerajaan dapat ditubuhkan dengan kerjasama parti Warisan," katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.
Jika disahkan benar, ini bermakna Pakatan Warisan-DAP-PKR boleh membentuk kerajaan negeri dengan lima kerusi DUN UPKO kini bersama pakatan itu.
Ini bermakna status terkini DUN Sabah:
BN : 24 Pakatan WARISAN-DAP-PKR-UPKO : 34 Solidariti: 2
Pembentukan membentuk kerajaan negeri memerlukan majoriti mudah 31/60 kerusi DUN.
Topic Berkaitan
#DAP
#DUN Sabah
#Kerajaan Sabah
#Parti Warisan Sabah
#PKR
#UPKO
#Wilfred Madius Tangau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan