Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Usah terheret dengan polemik calon PM - Zahid

Usah terheret dengan polemik calon PM - Zahid
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu sebaliknya berkata fokus parti itu kini harus terarah kepada untuk isu-isu berkaitan kebajikan dan kepentingan rakyat yang terkesan akibat wabak COVID-19. Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: UMNO tidak seharusnya terheret dalam polemik mengenai calon Perdana Menteri, tegas Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam satu kenyataan, Zahid memaklumkan bahawa arahan sudah dikeluarkan kepada Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional untuk mempertahankan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pada masa sama, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu sebaliknya berkata fokus parti itu kini harus terarah kepada isu-isu berkaitan kebajikan dan kepentingan rakyat yang terkesan akibat wabak COVID-19.

"UMNO sedar terdapat usaha giat dilakukan untuk menggugat kedudukan YAB Perdana Menteri oleh pihak-pihak yang mahu merebut jawatan berkenaan," tegas Zahid.
Minggu lalu, UMNO dan PAS secara prinsip bersetuju untuk terus menyokong Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri bagi menghadapi PRU-15.

Keputusan itu bagaimanapun dipertikai beberapa pihak. 

Antaranya Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi yang menganggap cadangan menamakan Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri dikhuatiri akan menggadaikan UMNO.

Sementara Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada Sabtu lalu menamakan lima calon dari UMNO yang berpotensi untuk diketengahkan sebagai calon Perdana Menteri parti itu. 

Antara nama yang disebut beliau adalah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin.  




Tag: Muhyiddin Yassin, Zahid Hamidi, UMNO, PAS, Barisan Nasional, PRU, PM, Perdana Menteri, Parlimen, pilihan raya, kerajaan, majlis tertinggi, pilihan raya umum, calon, rakyat, menteri, koronavirus



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.