Cadangan PAS untuk membawa 'usul undi percaya' ke Dewan Rakyat agar Tun Dr Mahathir Mohamad kekal sebagai Perdana Menteri, satu perkara 'canggung' yang tidak pernah dibuat mana-mana parti pembangkang sesebuah kerajaan, kata Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menganggap ia sebagai tiada asas, Anwar yang juga Presiden PKR berkata perkara itu pada pendapatnya tidak wajar pun diangkat untuk dibincangkan di dalam mesyuarat PH.
"PAS biasalah. Itu usul PAS, kita tidak anggap itu perkara yang serius. Itu hanya usaha untuk pecah belahkan (PH). Dia akan gagal. Dia gagal dalam pilihan raya dan ini strategi dia. Kita tidak akan tertipu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Alumni Yayasan Anda Akademik (YAA) di sini, pada Selasa.
Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga isterinya.
Terdahulu, Anwar yang juga pengasas, pengarah dan guru di YAA, sebuah sekolah swasta yang diwujudkan sejak 1971, berkongsi pengalaman dan suka duka bersama bekas tenaga pengajar dan pelajar sekolah berkenaan yang hadir.
Katanya, sejak dari awal lagi sehingga sekarang prinsipnya tetap sama.
"Dari Universiti Malaya, masuk ABIM sehingga ke sekolah ini, apa tema saya? Derita rakyat, bela nasib orang miskin dan kurangkan jurang maha kaya dan miskin dan pastikan semua program ekonomi lebih rancak dan pantas dengan tidak meninggalkan nasib dan derita rakyat," katanya.
Anwar yang juga mesra dipanggil 'Cikgu Anwar' di majlis itu menjadi tenaga pengajar di YAA bagi subjek Pengajian Am, bahasa Inggeris dan Pengajian Islam sekitar tahun 1971 sehingga 1974 sebelum dipenjara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri dan menyambung semula khidmatnya dari 1976 sehingga beliau meninggalkan bidang akademik untuk menyertai politik.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 11 2020
ANWAR: Dia gagal dalam pilihan raya dan ini strategi dia. Kita tidak akan tertipu. - Gambar fail
Sivasangari kini ranking ke-11 dunia
Jaguh skuasy wanita negara S. Sivasangari semakin menghampiri kelompok 10 pemain terbaik dunia selepas melonjak dua anak tangga menduduki ranking ke-11 dunia.
Sultan Selangor zahir dukacita, insiden menyayat hati
Sultan Sharafuddin menambah baginda amat menghargai jasa, bakti dan pengorbanan anggota TLDM yang gugur semasa bertugas.
Mayat mangsa dibawa ke HRPB untuk proses bedah siasat
Kesemua 10 mayat mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk proses bedah siasat.
10 maut Helikopter bertembung di Lumut
Dua buah helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilaporkan terhempas ketika menjalani raptai di Kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Manjung, Perak.
AWANI Ringkas: 10 anggota TLDM maut | Subsidi bersasar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Guru di kawasan pedalaman Sabah tinggal dalam rumah usang
Aliakbar berkata, beliau banyak menerima aduan daripada pendidik di luar bandar termasuk dari kawasan Sipitang.
'Langkah kerajaan laksana subsidi bersasar, skim baharu gaji penjawat awam berdasarkan prinsip'
Beliau berkata langkah itu juga bagi memastikan kedudukan fiskal yang lebih baik dan mengurangkan bebanan kewangan negara.
Armizan dedah ramai pemilik stesen minyak terima ugutan sindiket
Datuk Armizan Mohd Ali mendedahkan ramai pemilik stesen minyak diugut oleh sindiket sekiranya tidak membenarkan penjualan bahan api itu kepada kenderaan yang terlalu kerap mengisinya.
[TERKINI] Tragedi Helikopter Bertembung: Sidang Media Menteri Pertahanan
Ikuti langsung sidang media Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin susulan tragedi helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut pada Selasa. #AWANInews
Projek solar: Mahkamah dengar rayuan Rosmah pada 23 dan 24 Okt
Dalam pengurusan hari ini, Rosmah diwakili Akberdin dan Datuk Jagjit Singh manakala Timbalan Pendakwa Raya K. Mangai hadir mewakili pihak pendakwaan.
PM Anwar meriahkan sambutan ulang tahun ke-15 UKAS
Perdana Menteri menyantuni Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) di bawah Jabatan Perdana Menteri, yang menyambut ulang tahun ke-15 mereka.
PM Anwar tubuh Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri - PMO
Perdana Menteri menubuhkan Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri untuk memberi khidmat nasihat terkait soal pembangunan negara dan daya tahan ekonomi.
KL20 2024: Pelabur asing iktiraf masa tepat untuk melabur di Malaysia - PM
Ia bersandarkan kepada kestabilan dalam kerajaan dan tadbir urus yang baik, selain sifat pro-perdagangan dan pendirian neutral oleh Malaysia.
Sidang Kemuncak KL20 2024 bermula hari ini
Sidang kemuncak dua hari itu bakal mendedahkan kertas tindakan KL20 yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Isu DNB diputuskan minggu depan - Anwar
Isu berhubung dakwaan Digital Nasional Bhd (DNB) bertindak tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman, akan diputuskan kerajaan pada minggu depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendirian Malaysia kekal tegas dalam isu Palestin - Duta Malaysia ke Turki
Pendirian Malaysia dalam isu melibatkan kekejaman rejim Israel terhadap penduduk di Gaza kekal tegas di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PRK Kuala Kubu Baharu: Presiden MIC janji turun berkempen esok - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan yang mengatakan MIC tidak akan turun berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Agenda reformasi kerajaan adalah tekad politik bantu rakyat - Anwar
Agenda reformasi yang dilaksanakan Kerajaan Madani merupakan tekad politik untuk membantu golongan rakyat yang memerlukan.
Hubungan parti dalam Kerajaan Perpaduan tak retak, kekal kukuh - PM
Hubungan antara parti dalam Kerajaan Perpaduan kini adalah sangat kukuh dan mantap, dengan masing-masing sentiasa mengukuhkan hubungan tersebut, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Peruntukan pembangkang: 'Kalau ikhlas, tak perlu ada MoU' - Muhyiddin
Tidak perlu ada memorandum persefahaman (MoU) jika Kerajaan Perpaduan ikhlas untuk memberikan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.