Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Utamakan negara, tiada ruang politik - Gerakan

Utamakan negara, tiada ruang politik - Gerakan
Parti Gerakan Rakyat Malaysia berharap agar rakyat tetap memberi kepercayaan dan sokongan kepada kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk urus tadbir negara sehingga satu keputusan dapat dicapai kelak. - Foto Facebook
BARU-BARU ini, rakyat Malaysia digemparkan dengan berita tentang perletakan jawatan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri yang ke-7. Keadaan ini menyebabkan negara Malaysia semakin huru-hara. Justeru mencetuskan kebimbangan di kalangan rakyat kerana bakal kehilangan kerajaan. Rakyat semakin hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Malaysia akibat perbalahan antara ahli politik.

Parti Gerakan Rakyat Malaysia menggesa semua parti politik untuk tidak mengambil kesempatan ke atas keadaan politik semasa, sebaliknya memberi ruang yang mencukupi kepada Yang di-Pertuan Agong agar keputusan yang berpaksikan  rakyat dan negara dapat dicapai.
Oleh itu, permintaan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk diberi ruang dalam urusan kerajaan harus dihormati. Malah, rakyat perlu terus percaya dan bersatu dalam menghadapi situasi yang mencabar ini. 

Gerakan sangat kesal dengan tindakan pihak tertentu kerana terdesak untuk jawatan Perdana Menteri, bubar parlimen dan sebagainya. Pemimpin seharusnya faham bahawa situasi ini bukan ruang yang tepat untuk melobi.
Parti Gerakan Rakyat Malaysia berharap agar rakyat tetap memberi kepercayaan dan sokongan kepada kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk urus tadbir negara sehingga satu keputusan dapat dicapai kelak.

Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia
Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai


Tag: Mahathir Mohamad, GERAKAN, Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri, rakyat Malaysia, politik, Malaysia, Malaysia 2020



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.