awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fahmi ingatkan rakyat manfaat teknologi secara bijak sempena tahun baharu 2026
Helikopter Super Lynx TLDM mendarat cemas di perairan Pantai Klebang
Penguasaan AI, profesionalisme dan kesejahteraan rakyat panduan PDRM depani cabaran 2026 - KPN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video intim: Wujud gerakan politik jatuhkan Azmin - Tun M

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
17/07/2019
11:26 MYT
Video intim: Wujud gerakan politik jatuhkan Azmin - Tun M
TUN MAHATHIR: Saya nampak ini political move (gerakan politik) bukan sebab jenayah. - Gambar fail/Astro AWANI
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata wujud gerakan politik untuk menjatuhkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dikaitkan dengan isu video intim.
Pada masa sama, beliau hairan dengan tindakan individu yang cuba menjatuhkan Mohamed Azmin sehingga sanggup memalukan diri sendiri.
“Saya nampak ini political move (gerakan politik) bukan sebab jenayah. Jenayahnya sebab ada pakatan untuk nak jatuhkan Azmin.
"Jadi orang itu mengaku dia yang pergi. Itu kita hairan la. Biasa dia malu tetapi dia tak malu," katanya kepada pemberita di Parlimen, pada Rabu.
Mengulas mengenai kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengatakan Mohamed Azmin perlu bercuti jika video itu sahih, ini jawapan beliau:
“Dia kata kalau betul Azmin, (maka) betullah, tetapi dia tak kata sekarang ini,” katanya semasa ditemui media di lobi parlimen pada Rabu.
BACA: Nasihat Anwar pada Azmin, ambil cuti jika video intim sahih
BACA: Video intim: Azmin minta Anwar muhasabah, cermin diri sendiri
Pada Rabu, Anwar berkata, Mohamed Azmin perlu mengambil cuti jika video intim yang mengaitkan beliau itu sahih dirinya.
Bagaimanapun, katanya Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu tidak perlu berbuat demikian jika siasatan mendapati sebaliknya.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Azmin Ali
#gerakan politik
#Haziq Abdullah Abdul Aziz
#Mahathir Mohamad
#Menteri Hal Ehwal Ekonomi
#Perdana Menteri
#Presiden PKR
#video intim
#video seks
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan