Semua anggota Parlimen dan Dewan Undangan Negeri daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya sentiasa turun padang dan menjaga 'political base' masing-masing bagi menjamin kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-14.
Perdana Menteri dan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ia merupakan petua utama dalam perjuangan UMNO selama ini sehingga berjaya menjadikannya sebuah parti yang kuat dan berdaya tahan walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran serta krisis.
"Kita mesti pastikan parti yang dikasihi ini terus kuat sebab perjuangan masih jauh. Satu daripada petua dalam perjuangan selama ini yang mesti kita lakukan ialah jaga 'political base', mana-mana pemimpin mesti jaga 'political base'nya, kalau semua jaga 'political base' di seluruh negara kita akan berjaya memenangi hati serta fikiran rakyat dan akan terus berjaya.
"Mereka (rakyat) inilah sebenarnya yang pertahankan parti siang dan malam, bekerja untuk parti dan mereka jugalah yang akan ke hadapan pada PRU demi mempertahankan parti dan menjadi parti UMNO berdaya tahan sehingga kini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Paya Besar di Bukit Gambang Resort City di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.
Majlis turut dihadiri oleh Ketua UMNO Bahagian Paya Besar Datuk Seri Abd Manan Ismail serta lebih 10,000 anggota daripada 80 cawangan UMNO bahagian serta wakil daripada parti komponen BN.
Najib, yang juga Anggota Parlimen Pekan, berkata UMNO boleh berbangga kerana tetap kukuh dan mampu menjadi parti yang berdaya tahan sejak ditubuhkan 70 tahun lalu walaupun banyak parti seangkatan dengannya di luar negara kini telah goyah dan ada yang telah bertukar menjadi pembangkang.
"Bermula 1 Mei 1946, dari era itu sehingga hari ini, mana ada parti lain di dunia yang utuh dan sehebat parti ini. Saya jumpa Joko Widodo (Presiden Indonesia) dan pemimpin parti Golkar, parti itu juga tidak lagi segagah UMNO walaupun kita pernah membuat perbandingan dengan parti itu suatu ketika dahulu.
"Begitu juga parti Congress di India, hari ini ia telah jadi parti pembangkang, justeru saya ingin katakan dalam sistem amalan demokrasi terbuka dengan rakyat diberi hak memilih kerajaan setiap lima tahun sekali secara bebas, kitalah parti paling berjaya di dunia," katanya.
Kekuatan itu, katanya turut disumbangkan dengan semangat perjuangan yang tidak pernah padam pada diri setiap anggota UMNO kerana mereka sedar wadah perjuangan parti bukan sekadar untuk mencapai dan mengisi kemerdekaan, tetapi juga untuk menjulang bangsa, agama dan negara ke peringkat yang tertinggi.
"Saya ada berjumpa dengan veteran UMNO dan bertanya apakah pesanan yang nak diberikannya kepada generasi muda, mereka katakan hayatilah kemerdekaan, jadikanlah perjuangan sebagai amalan dan darah daging kita.
"Apabila kita membudayakannya, parti akan terjaga dan terpelihara sebaiknya dalam apa jua keadaan dan kita tidak kira apa jua jawatan. Kalau tidak boleh jadi wakil rakyat, kita jaga parti supaya UMNO akan terus menjadi parti yang berdaya tahan," katanya.
Dalam ucapannya itu, beliau turut meluluskan peruntukan lebih RM4 juta untuk pembinaan masjid baharu Felda Bukit Sagu 1, bagi menggantikan masjid lama yang telah uzur.
Bernama
Sat Aug 27 2016
Perdana Menteri selaku Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak melambai tangan kepada perwakilan ketika tiba untuk merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Paya Besar 2016, hari ini. - Foto Bernama
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Nahas helikopter Lumut: Jasad Sivasutan selamat disemadikan
Jasad mendiang turut diberikan kawalan kehormat oleh 14 pegawai dan anggota TLDM sebagai penghormatan terakhir.
Wakil rakyat BN perlu jaga 'political base' untuk menang PRU - PM
Semua anggota Parlimen dan Dewan Undangan Negeri daripada UMNO dan BN diingatkan supaya sentiasa turun padang dan menjaga 'political base' masing-masing bagi menjamin kemenangan dalam PRU14.